saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 11/10/2014

#OOTD bukan sekadar fesyen

Sebagai pengguna media sosial, anda pasti sudah terbiasa melihat dan mendengar akan istilah Outfit Of The Day atau akronimnya OOTD yang kini menjadi fenomena tersendiri terutama dalam kalangan remaja.

Kebanyakan remaja juga dilihat berlumba-lumba memuat naik gambar dengan menggunakan simbol hashtag (#) OOTD di laman sosial khususnya Instagram. Jadi, tidak hairanlah jika anda mencari kata kunci dengan #OOTD, akan muncul jutaan gambar dengan hashtag tersebut.

OOTD boleh dikatakan sebagai gambar yang memperlihatkan pakaian atau fesyen yang digayakan oleh sesiapa sahaja pada hari itu. Tidak kira pakaian, kasut, beg tangan hingga ke hijab sekalipun.

Fenomena ini pada awalnya dicetuskan oleh golongan blogger fesyen, model dan selebriti yang memuat naik gambar gaya berpakaian dan penampilan mereka sehari-hari, kemudian menjadi ikutan peminat-peminat seterusnya orang ramai.

Ada juga sesetengah orang yang bijak menyesuai padan pakaian mereka sehingga individu-individu ini boleh dikategorikan sebagai trendsetter atau ikon fesyen. Jika di Malaysia, anda pasti mengenali nama Wak Doyok, Vivy Yusof, dan ramai lagi.

Nama-nama ini bukan sahaja menjadi ikon fesyen, malah mereka berjaya membina perniagaan dan menjadi pengusaha fesyen jenama mereka sendiri. Kejayaan individu-individu ini turut menjadi inspirasi kepada golongan muda di luar sana untuk berjaya dan memperkembangkan lagi bakat yang ada terutama dalam dunia fesyen.

Namun begitu, dalam masa yang sama, golongan muda yang terlalu taksub dan terikut-ikut dengan trend ini juga boleh menjadi bahan ejekan apabila #OOTD yang mereka tampilkan tidak kena dengan budaya masyarakat timur atau penampilan mereka tidak masuk dek akal. - FATIEHAH

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.