saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 09/10/2014

Antibiotik punca obes?

Hayley bersama ibu bapanya David Fraser dan Zania Fraser.

Apabila anak perempuan mereka, Hayley Fraser dilahirkan tanpa jari di tangan kiri, pasangan David Fraser dan Zania Fraser khuatir kecacatan itu bakal menghantui kehidupan anak kecil itu.

Menginjak ke usia lima tahun, Hayley mula bersekolah dan sejak itu, perasaan rendah diri mula menyelubungi dirinya sehingga anak kecil itu menyembunyikan tangan kirinya daripada dilihat oleh rakan-rakan.

Namun kini, perasaan malu bertukar bangga apabila dia menjadi kanak-kanak pertama di Britain yang menerima tangan palsu prosthetic 3D mampu milik.

Tidak seperti versi konvensional, tangan bionik yang hanya berharga 50 pound (RM262) itu ternyata menarik dengan pilihan warna yang ceria sekali gus membantu kanak-kanak kurang upaya yakin walaupun mereka berbeza.

Bapanya, Fraser, 36, berkata, impian anaknya kini menjadi kenyataan.

Hayley kini mampu memegang sendiri anak patung, mengupas kulit pisang, malah mewarna kukunya menggunakan tangan kiri baharunya itu.

“Kanak-kanak seperti Hayley boleh memilih sendiri rekaan dan warna. Prosthetic tersebut tidak seperti yang digambarkan sebelum ini. Mereka membuat kanak-kanak ini berasa begitu istimewa," katanya.

Hayley dilahirkan dengan kecacatan symbrachydactyly iaitu anggota fizikal tidak sempurna dengan tidak memiliki jari di tangan kirinya.

Doktor pernah menawarkan kedua ibu bapanya untuk melakukan pembedahan pemindahan (transplan) jari kaki ke tangan.

“Kami tidak menerima tawaran tersebut kerana selagi Hayley boleh menggunakan tangan di sebelah kanan ia sudah cukup baik.

“Kami selalu berkata kepadanya ia adalah sebahagian daripada dugaan kehidupan, tetapi apabila sering diasak soalan oleh teman-teman sepermainannya menyebabkan kadang-kadang dia berasa begitu sedih," ujarnya.

Akhirnya keluarga tersebut bertemu dengan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), E-Nable yang memperkenalkan mereka kepada pengajar kejuruteraan Universiti of Wisconsin, Frankie Flood.

Fraser menghantar sampel plaster tangan anaknya kepada Flood yang kemudiannya dicetak menggunakan pencetak tiga dimensi.

Enam minggu kemudian, tangan bionik berwarna merah jambu dan ungu sampai kepada anaknya. - Agensi

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.