saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 15/10/2014

PSMZA kuasai sukan lasak

DUNGUN 14 Okt. - Kejohanan Sukan Lasak Jemputan Politeknik 2014 di sini baru-baru ini menyaksikan penguasaan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) dengan menjuarai dua daripada tiga acara yang dipertandingkan.

PSMZA melalui wakilnya, Mohd Jamal Syahmi Mohd Ghazali dan Mohd Shahar Nasarudin Mohd Rosdi memperlihatkan kejaguhan dalam acara Iron Man yang ternyata sukar dicabar oleh institusi pengajian tinggi yang lain dan pertubuhan belia.

Tempat kedua disandang oleh Nur Mohammad Iqbal Khairul Anuar dan Muhammad Nur Hikmi Firdaus Roslan dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) manakala Muhammad Zarif Abdul Latif dan Muhammad Syamim Mohd Sharif dari Politeknik Kota Bharu (PKB) di tempat ketiga.

Acara yang paling menguji ketahanan mental dan fizikal serta kemahiran itu bermula di Kampung Jerangau dengan pelepasan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Roslee Daud.

Para peserta berkayak sejauh 20 kilometer (km) menyusuri sungai Dungun ke Kampung Delong, seterusnya berbasikal sejauh 23 km ke Kampung Durian Mentangau melalui jalan kampung sebelum meneruskan larian sejauh 7 km ke PSMZA.

Nurhani Samsudin pula turut membanggakan PSMZA dengan menduduki tempat pertama mengatasi sembilan peserta lain dalam acara Wall Climbing kategori perempuan manakala wakil PKB, Wan Syaari Wan Salleh menjuarai kategori lelaki.

Juara bagi acara Skateboard pula disandang oleh peserta dari Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Pius Patrick Achin manakala Muhammad Norizwan Noorazan dari Politeknik Port Dickson (PPD) di tempat kedua dan Afiff Achmadi Ahmad dari Politeknik Kuching Sarawak (PKS) di tempat ketiga.

Kejohanan selama tiga hari dengan PSMZA selaku tuan rumah melibatkan penyertaan 10 buah institusi pengajian tinggi dan pertubuhan belia bagi menyemarakkan perkembangan sukan lasak di negara ini dengan menarik penglibatan para pelajar secara lebih serius.

Timbalan Pengarah Akademik PSMZA, Hassan Ismail ketika berucap pada majlis penutup dan menyempurnakan penyampaian hadiah berkata, sukan lasak mempunyai nilai-nilai positif kepada perkembangan remaja.

"Sukan ini menuntut tahap kecergasan yang tinggi, latihan yang berpanjangan, mengajar mereka agar berani, kreatif dan sanggup menghadapi rintangan," ujarnya.

Beliau berharap suatu hari nanti ada di antara peserta sukan lasak ini akan bertanding bukan hanya di peringkat institusi pengajian tinggi malah menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa.

"Saya percaya selepas kejohanan yang berakhir hari ini, ia berjaya menarik minat golongan belia untuk sama-sama menceburi dan menguasai sukan lasak ini.

"Sukan lasak bolehlah dianggapkan sebagai satu jenis sukan yang cukup mencabar tetapi selamat untuk diceburi selepas mendapat kursus, latihan dan bimbingan yang bersesuaian," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:13
Asar 4:31
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.