saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 15/10/2014

Penuntut UiTM Sarawak diberi pendedahan usahawan Internet

KOTA SAMARAHAN 14 Okt. - Bakal usahawan internet Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sarawak mendapatkan pendedahan mengenai cara menjalankan perniagaan menggunakan internet pada seminar teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Dalam Ekonomi Digital baru-baru ini.

Menurut kenyataan universiti itu di sini, seminar tersebut memberikan pendedahan kepada pelajar dalam industri ICT dan peranannya mengenai ekonomi digital di negara.

"Seminar anjuran Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (Masmed) UiTM Sarawak telah menjemput Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) untuk berkongsi pengalaman dengan para penuntut.

"Program ini memberikan pendedahan awal kepada mereka yang berminat untuk menjadikan bidang keusahawanan internet dan ICT sebagai satu kerjaya pilihan di samping melahirkan bakal usahawan internet yang terlatih," kata kenyataan itu baru-baru ini.

Seminar itu telah diadakan di UiTM Sarawak Kampus Samarahan 1 bermula pukul 9 pagi hingga 1 petang dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Program ini juga memperkenalkan fungsi dan peranan PUIM dalam memperkasakan usahawan internet disamping peluang bekerjasama diantara kedua pihak sebagai usaha menerapkan nilai dan pembudayaan usahawan di kalangan penuntut.

"Sesi ceramah dan perkongsian yang cukup menarik dan penuh motivasi sepanjang program ini disampaikan sendiri oleh Presiden PUIM, Mohd. Azrul Mohd. Nor bersama usahawan internet lain.

"Para penuntut ditanam rasa minat untuk menceburi bidang keusahawanan internet dan ICT yang dapat melahirkan bakal usahawan internet mahir dari pelbagai latar belakang jurusan pengajian," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:13
Asar 4:31
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.