saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 15/10/2014

USM bantu rawat penagih

PULAU PINANG 14 Okt. Universiti Sains Malaysia (USM) melalui kerjasama dengan rakan pintar dari Yale School of Medicine (YSM), Amerika Syarikat (AS) bakal membangunkan program bantuan rawatan perubatan untuk masalah penagihan dadah.

Naib Canselor USM, Datuk Dr. Omar Osman berkata, penyelidikan yang dimulakan pada 2007 itu sedang rancak dibangunkan secara intensif oleh kedua-dua pihak melalui pelbagai medium.

Malah katanya, pada 2012, USM dan YSM menubuhkan unit penyelidikan rawatan untuk penagih dadah di Hospital USM di Kubang Kerian, Kelantan dan sehingga kini berjaya memberi rawatan kepada lebih 100 penagih dadah.

"Begitu pun, lebih banyak penyelidikan perlu dijalankan bagi menghasilkan kaedah rawatan mahupun ubat-ubatan yang berupaya menyelesaikan masalah ketagihan dalam kalangan pesakit.

"Kedua-dua pihak ­­ko­mited meneruskan kolaborasi bagi memahami permasalahan ini dengan lebih baik, sekali gus membangunkan strategi bagi menolong masyarakat yang dibelenggu masalah penyalahgunaan dadah,'' ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bagi memperincikan kerjasama USM dengan YSM yang telah menjangkau tempoh lapan tahun termasuk dalam menjalankan kajian epidemiologi, latihan dan pendidikan kepada kumpulan sasaran.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:00
Zohor 1:22
Asar 4:24
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.