saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 15/10/2014

Pelajar Thailand bertuah berpeluang belajar di Malaysia

ALOR SETAR 14 Okt. - Sebanyak 61 pelajar dan 15 tenaga pengajar dari 14 kolej kemahiran Thailand mengikuti Program Pengantarabangsaan Akademik Kolej Vokasional Zon Kedah dan Perlis Sempena Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2015 di Kolej Vokasional Alor Setar (KVAS) di sini baru-baru ini.

Pelajar tersebut daripada jurusan teknik dan vokasional ditempatkan di KVAS manakala bagi pengajian hotel dan pelancongan pula ditempatkan di Kolej Vokasional Langkawi (KVL).

Mereka turut diraikan dalam satu majlis penutup di Dewan Gunung Mat Chinchang, KVL yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir. Nawawi Ahmad.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasioanal, Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Ahmad Tajudin Jab dan Presiden Institut Majlis Pendidikan Vokasional Thailand, Prasert Geawpet.

Ahmad Tajudin dalam ucapannya berkata, program ini juga dapat meningkatkan kemahiran kolej vokasional melalui perbincangan dan percambahan ilmu.

"Program pengantarabangsaan akademik ini juga menyediakan kerjasama dalam teknologi, perhotelan dan kajian pelancongan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan di kalangan pensyarah dan pelajar," kata Ahmad Tajudin.

Prasert berkata, beliau amat mengharapkan agar program kerjasama antara kolej vokasional di negaranya itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar.

"Saya amat mengharapkan agar pelajar-pelajar Thailand ini me-nimba ilmu yang boleh dibawa pulang untuk berkongsi dengan rakan-rakan mereka di sana.

"Program sebegini perlu diadakan lagi dan ia harus diperkembangkan dengan pelajar-pelajarnya boleh dibawa ke seluruh Kolej Vokasional di Malaysia agar lebih banyak ilmu dan pengalaman dipelajari," kata Prasert.

Pelajar Kolej Teknikal Yala, Abdullah Waenahlai, 17, berkata, dia amat teruja dengan cara pembelajaran di sini kerana peralatan untuk belajar lengkap dan banyak.

"Berbanding di Thailand, alatan yang kami guna untuk belajar amat terhad, di sana pelajar terlalu ramai manakala mesin-mesin dan alatan terlalu sedikit dan kami terpaksa berkongsi.

"Kadang-kadang kami berkongsi sehingga lima pelajar untuk satu enjin kereta dan di sini pula setiap pelajar mendapat satu enjin kereta untuk belajar," kata Abdullah.

Pelajar jurusan Hotel dan Pelancongan, Natcharee Tala, 17, dari Kolej Teknikal Satun, Thailand, turut kagum dengan pelajar-pelajar di sini yang dirasakannya seperti satu keluarga.

"Kawan-kawan di sini baik-baik belaka dan senang untuk bergaul dengan mereka kerana mereka tidak kedekut ilmu.

"Saya akan bawa segala ilmu yang dipelajari di sini untuk berkongsi dengan rakan-rakan di sana dan akan kembali lagi ke sini jika diberi peluang," kata Natcharee.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zuhur 1:13
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.