saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 15/10/2014

UniMAP juara keseluruhan

KANGAR 14 Okt. - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus membuktikan kecemerlangan apabila pasukan Relasis institusi pengajian tinggi (IPT) itu muncul juara keseluruhan Pertandingan Menembak Relasis Peringkat Kebangsaan 2014 yang berlangsung di Pusat Latihan Rela Wilayah Selatan (PLRWS) Sungai Udang, Melaka, baru-baru ini.

Kejayaan itu diperoleh selepas Relasis UniMAP berjaya menjuarai tiga daripada empat acara yang dipertandingkan.

Bagi acara Menembak Senjata Api Rifle Colt M16 A1 5.56mm, ka

tegori Relawan tempat pertama dan kedua diraih pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik Sistem Tenaga UniMAP, Muhammad Nazaruddin Jamaluddin dan pelajar jurusan Kejuruteraan Pembuatan Mohd. Khairulnazreen Zahari.

Bagaimanapun, bagi kategori Relawati acara sama, UniMAP sekadar berpuas hati selaku naib johan menerusi pelajar Keusahawanan Kejuruteraan, Amira Yazmien Mahmudin dan tempat ketiga diraih pelajar jurusan Keusahawanan Kejuruteraan, Nurulfitriah Binti Zaidi.

Sementara itu, bagi acara Menembak Senjata Api Senapang Patah (Shot Gun 12 Bore) kategori Relawati, Relasis UniMAP telah me

nyapu bersih tempat pertama hingga ketiga menerusi Nursyafiqah Asmidar Md. Haza (pelajar Perniagaan Antarabangsa), Nordini Syuhada Sahardi (Bioteknologi Industri) dan Wan Nur Athirah Wan Shaharudin (Perniagaan Antarabangsa).

Kategori Relawan menyaksikan, Mior Izrin Izwan M. Ibrahim (Kejuruteraan Mekanikal) muncul naib johan dan Mohd. Hafizuddin Ab. Ghani (Keusahawanan Kejuruteraan) memperoleh tempat ketiga.

Dalam acara Senjata Pistol 9mm kategori Pegawai Kehormat Relasis IPT pula, johan dan tempat ketiga masing-masing diraih Penguasa Ahmad Hifzurrahman Ridzuan dan Penguasa Faharol Zubir.

Menurut Komandan Relasis UniMAP, Penolong Pesuruhjaya Kanan Rela, Prof. Madya Razli Ahmad,kejayaan itu melayakkan Relasis UniMAP untuk mewakili Relasis IPT ke Pertandingan Menembak Rela Peringkat Kebangsaan pada 1 hingga 8 November di PLRWS Sungai Udang, Melaka.

"Saya berharap dengan kejayaan yang diraih ini akan dapat menaikkan nama UniMAP seterusnya menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar untuk pengambilan baru Relasis kali ini," katanya.

Upacara penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Rela Negeri Melaka, Jimmy anak Jupiter Sambau.

Empat pasukan yang mengambil bahagian ialah Universiti Tun Hussein Onn dan Politeknik Merlimau (mewakili Zon Selatan), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (Zon Timur) dan UniMAP (Zon Utara).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:19
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.