saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 15/10/2014

Bakti pelajar UiTM di Parlimen Masjid Tanah

MELAKA 14 Okt. - Dalam kesibukan mengharungi sesi pembelajaran tidak menghalang pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu berbakti kepada masyarakat setempat.

Melalui program 1Rumah 1Meja Belajar anjuran Unit Perhubungan Alumni UiTM Melaka dan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Masjid Tanah, pelajar fakulti berkenaan menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

Basmi kemiskinan menerusi pendidikan yang menjadi slogan program tersebut membolehkan para pelajar memberi khidmat kepada pelajar miskin di Parlimen Masjid Tanah.

Khidmat yang diberikan itu memberi fokus kepada pendidikan murid sekolah rendah membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Othman Syawal, SK Jeram, SK Tanjung Bidara dan SK Kuala Sungai Baru.

Rektor UiTM Melaka, Prof. Madya Dr. Mohd. Adnan Hashim berkata, program 1Rumah 1Meja Belajar itu merupakan satu tanggungjawab sosial UiTM yang percaya bahawa kemiskinan dapat dibasmi melalui pendidikan.

Menurutnya, program tersebut diadakan selaras untuk mengangkat aspirasi Naib Canselor UiTM untuk mengubah destini anak bangsa.

"Penganjuran program seumpama ini sudah menjadi komitmen UiTM Melaka untuk sentiasa bersama-sama masyarakat setempat agar dapat membantu memindahkan ilmu dan kepakaran kepada murid-murid sekolah rendah.

"Program amal ini juga dilihat mampu memupuk semangat patriotik melalui perasaan kasih dan sa­yang kepada kelompok yang memerlukan selain mewujudkan jaringan komuniti yang prihatin,'' katanya.

Menurut Mohd. Adnan lagi, melalui program tersebut juga telah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM8,000 untuk diisi dalam tabung Charitee30.

Beliau berkata, sumbangan tersebut adalah hasil program keusahawanan amal dengan menjual t-shirt dan beg bertujuan untuk membeli beberapa fasiliti set pembelajaran untuk diberikan kepada pelajar miskin di Parlimen Masjid Tanah.

Sementara itu, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin berkata, UiTM Melaka sebagai sebuah universiti dilihat mampu membantu masyarakat melalui idea-idea baharu yang segar.

Menurutnya, program yang dianjurkan untuk membantu pelajar miskin di Parlimen Masjid Tanah melalui sesi pembelajaran adalah langkah terbaik yang seharusnya dipuji.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:13
Asar 4:31
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.