saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 15/10/2014

UKM terajui teknologi MyDerm

TUANKU Muhriz Tuanku Munawir (duduk, dua dari kanan) dan Tuanku Aishah Tengku Besar Mahmud melihat seorang pesakit, Mohd. Haziq Miskon (duduk, dua dari kiri) yang sembuh selepas menerima rawatan pemulihan tisu sambil diperhatikan Noor Azlan Ghazali (berdiri, tiga dari kiri) pada majlis penamaan Hospital Canselor Tuanku Muhriz di Bandar Tun Razak Cheras, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) mengorak setapak lagi dalam bidang teknologi perubatan apabila berjaya memperkenalkan kaedah terbaharu penggantian kulit yang pertama di Malaysia dikenali sebagai MyDerm.

Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Nor Azlan Ghazali berkata, kaedah MyDerm khusus untuk merawat tisu kulit rosak atau hilang akibat kecederaan, merupakan teknik yang hanya memerlukan penggunaan sebahagian kecil kulit pesakit bagi menggantikan bahagian tertentu pesakit tersebut.

Menurutnya, MyDerm bakal menjadi pelopor dalam menerajui teknologi penggantian kulit sedia ada seperti split skin graft (SSG) dan mampu meletakkan teknologi perubatan negara ke taraf antarabangsa.

"Ini adalah bukti pembangunan sains dan teknologi hebat diterajui oleh pakar-pakar perubatan dalam kalangan anak tempatan yang akhirnya memberi manfaat kepada rakyat dan seterusnya mampu merealisasikan matlamat Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020.

"Kerajaan telah melaburkan dana khusus untuk membangunkan teknologi perubatan dan UKM menyahut cabaran tersebut dengan melahirkan barisan graduan kesihatan yang mahir dan profesional setanding pakar dari luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penamaan Hospital Canselor Tuanku Muhriz yang disempurnakan oleh Canselornya yang juga Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di sini hari ini.

Turut berangkat pada majlis tersebut, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Hospital yang sebelum ini dikenali sebagai Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) merupakan satu-satunya hospital pengajar di bawah Kementerian Pendidikan dinamakan bersempena dengan nama diraja.

Nor Azlan menambah, UKM sedang merancang untuk mewujudkan sebuah kawasan kesihatan yang bakal menjadi pusat kajian dan perkembangan industri yang berkaitan dengan kesihatan dalam usaha memperkasa teknologi perubatan di negara ini.

Katanya, dengan kewujudan pusat perubatan tersebut, Malaysia mampu melahirkan lebih banyak graduan dan pakar yang berkemahiran tinggi dalam menghasilkan teknologi serta membangunkan sistem perubatan yang lebih unggul.

"Sehingga 2013, Fakulti Perubatan UKM telah berjaya melahirkan 5,384 doktor perubatan, 2,814 doktor pakar dan 94 doktor falsafah kini bertugas di seluruh negara yang menjadi tulang belakang kepada agenda memperluas penyelidikan kesihatan dan menjadi pengamal perubatan yang membantu rakyat.

"Ini adalah usaha kita merealisasikan peranan UKM sebagai pusat yang mendaulatkan amanah negara dengan menghasilkan pakar-pakar dan penyelidikan bertaraf dunia selaras dengan kemajuan negara yang semakin pesat," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:00
Zohor 1:22
Asar 4:24
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.