saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 13/10/2014

Town and Gown gegar Batu Pahat

Pendaftar UTHM, Abdul Halim Abdul Rahman (kanan) membacakan pengisytiharan Konvokesyen UTHM kali ke-14 dan penyerahan skrol konvokesyen kepada Pegawai Daerah Batu Bahat, Ab. Wahab Ridwan (kiri) sambil disaksikan Dr. Mohd. Noh Dalimin.

Sebanyak 27 kontinjen melibatkan 1300 peserta terdiri daripada mahasiswa dan kakitangan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) serta beberapa agensi luar memeriahkan Perarakan Town and Gown yang diadakan di Bandar Batu Pahat, Johor pada 27 September lalu.

Perarakan konvokesyen yang juga dikenali sebagai íCommuniversity Celebrationí itu merupakan aktiviti tahunan universiti ternama di luar negara seperti Universiti Princeton, Universiti Charles Stuart, Universiti St. Andrews dan Universiti Michigan Ann Arbor di negara ini UTHM merupakan institut pengajian tinggi pertama yang mengadakan perarakan seperti itu.

Tujuan perarakan ini diadakan bagi mempromosi Majlis Konvokesyen ke-14 UTHM yang akan berlangsung pada 11 hingga 13 Oktober 2014 kepada penduduk Batu Pahat, Johor. Perarakan penuh warna warni ini bermula dari jalan Rahmat menuju ke Dataran Penggaram, Batu Pahat. Acara Kemuncak perarakan menyaksikan upacara pembacaan pengisytiharan Konvokesyen UTHM kali ke-14 oleh Pendaftar UTHM, Abdul Halim Abdul Rahman dan penyerahan skrol konvokesyen kepada Pegawai Daerah Batu Bahat, Ab. Wahab Ridwan.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin.

Turut diadakan, penyampaian hadiah tempat pertama hingga ketiga kepada kumpulan pemenang bagi acara perarakan yang dipertandingkan. Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional (FPTV) dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori umum manakala pasukan Kor Suksis pula juara bagi kategori Badan Beruniform.

Selain perarakan, majlis perasmian turut menampilkan artis jemputan iaitu penyanyi Nash untuk menggamatkan lagi suasana malam perarakan tersebut.

Aktiviti sampingan turut diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara UTHM dengan masyarakat setempat. Antaranya ialah Klinik Bola kendalian Lagenda Bintang Bola Sepak Johor, Pameran Kembara Mahkota Johor dan Pameran Piala Liga Super, Perlawanan Bola Sepak Persahabatan serta sesi bersama bintang JDT. Perarakan Town and Gown ini merupakan kali keenam dianjurkan oleh UTHM.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:19
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.