saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 12/10/2014

Generasi muda perlu jadi pengguna teknologi matang

TIGA penerima anugerah cemerlang pada Konvokesyen Ke14 UTHM (dari kiri) Wong Chee Fei, Mohd. Hanif Mohamed dan Azlan Ahmad bersama pingat dan plak yang diterima mereka di Batu Pahat, Johor, semalam.

BATU PAHAT 11 Okt. - Generasi muda negara ini diingatkan supaya menggunakan teknologi dan kemu­dahan internet serta laman sosial secara matang dan penuh sikap tanggungjawab bagi memastikan perpaduan yang dinikmati kekal terpelihara.

ProCanselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, kebebasan tanpa sempadan di alam siber dikhuatiri boleh mewujudkan sifat buruk yang sekali gus boleh meruntuhkan kestabilan yang wujud.

"Kebebasan bersuara berkaitan isu sensitif yang menyentuh pe­rihal agama, institusi raja, adat sesuatu kaum, warisan serta undangundang negara semakin dilihat kini.

"Jika perbuatan tidak bertanggungjawab ini tidak dibendung, dibimbangi sikap buruk itu akan meruntuhkan dan merosakkan asas kepada perpaduan yang dinikmati rakyat berbilang kaum di negara ini," katanya pada Majlis Konvokesyen ke14 UTHM, yang diadakan di sini, hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dimasyhurkan sebagai ProCanselor UTHM pada majlis tersebut menjadikan universiti tersebut memiliki dua ProCancelor selain Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dimasyhur pada tahun 2010.

Pelantikan Ali adalah atas per­kenan Canselor UTHM, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan watikah pelantikan ProCanselor diserahkan oleh Tunku Ismail.

Dalam majlis sama, UTHM turut menganugerahkan tiga penerima dengan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah iaitu Presiden Nagaoka University of Technology, Dr. Koichi Niihara (Kejuruteraan Mekanikal); profesor dari University of Bremen, Jerman, Dr. Georg Spottl (Pendidikan Teknikal dan Vokasional dan bekas jaguh badminton negara, Datuk Misbun Sidek (Pembangunan Insan).

Konvokesyen UTHM kali ini menyaksikan seramai 3,477 siswazah menerima sijil masingmasing melibatkan penerima Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma.

Menurut Tunku Ismail lagi, kematangan generasi muda harus dipupuk dalam pelbagai aspek berkaitan kehidupan kepelbagaian kaum, bangsa, agama dan budaya yang membentuk masyarakat hari ini.

"Sikap positif seperti toleransi, hormatmenghormati, menjauhi sifat prejudis serta tidak menyentuh sensitiviti kaum perlu terus disuburkan di kalangan generasi muda.

"Sekiranya perpaduan sedia ada tidak dijaga, kestabilan negara akan terjejas secara langsung akibat daripada perpecahan dan persengke­taan sesama rakyat," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:19
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.