saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 11/10/2014

Lebih 500 kunjungi pesta buah UMP

KUANTAN 10 Okt. - Lebih 500 pengunjung hadir memeriahkan Pesta Buah-buahan Tempatan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kesembilan di Dataran Taman Teknologi dan Inovasi UMP Kampus Gambang, di sini hari ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMP, Prof. Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin berkata, sebanyak lima tan buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, duku, naga, nenas, langsat dan tembikai disediakan secara percuma kepada pengunjung terutama dalam kalangan alumni universiti itu.

"Program yang memasuki tahun keempat itu diadakan dengan kerjasama Persatuan Alumni UMP setiap kali berlangsungnya majlis konvokesyen dan akan dijadikan acara tahunan.

"Sambutan yang diberikan amat memberangsangkan terutama daripada masyarakat setempat dan para pelajar," katanya kepada pemberita.

Yang turut hadir memeriahkan majlis berkenaan ialah Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim dan Presiden Persatuan Alumni UMP, Syed Mohamad Hamid Al-Junid Syed Abdul Rahman.

Menurut Dr. Yuserrie, program itu dijadikan platform untuk mengeratkan silaturahim antara pegawai UMP, pelajar dan alumni termasuk pelajar antarabangsa.

"Inilah masa terbaik untuk meraikan alumni dalam suasana santai di samping bermesra dan bertukar-tukar pendapat," ujarnya.

Sementara itu, pelbagai program akan dijalankan sempena majlis konvokesyen tersebut esok dan Ahad ini di Kompleks Sukan UMP.

Antaranya adalah ceramah kesihatan bersama Chef Zamir (Juara  Master Chef Malaysia All Stars), pertandingan memasak makanan mudah dan sihat, Seminar Transformasi Usahawan Muda, Kembara Bermotor UMP Rider Club (URC), Lets Fun With 'Kampus  Dakwah' dan Ladies Moment: Cantiknya Dirimu Wahai Muslimah Solehah, Pertandingan Inovasi 3R (Reuse/Recycle/Reduce) dan Fiesta Buah-buahan Tempatan.

Turut diadakan Forum Save Gaza Together We Care bersama Ustaz Badli Shah Alauddin dan Zulkifli Wahijan, Kursus Praperkahwinan 'Bercinta Lepas Nikah', Pertandingan Tamiya, 'Mahabbah Night' dan pertandingan mewarna serta peragaan pakaian kanak-kanak sepanjang karnival berlangsung.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:00
Zohor 1:22
Asar 4:24
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.