saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 17/10/2014

Kasih Malaysia - Vietnam

KALAU sudah lama bergelar suami isteri, bila ditakdirkan berpisah seketika, sudah pasti akan wujud rasa berbeza. Apatah lagi masing-masing sudah memahami sikap pasangan dan sudah pasti rasa rindu akan timbul apabila terpaksa berjarak antara satu sama lain.

Bagi penyanyi Adzrin Adzhar, 29, itulah yang terpaksa dihadapi selama empat tahun apabila suaminya, Faizal Izany Mastor, 36, terpaksa bertugas di Vietnam dan meninggalkan dirinya di sini.

Bagi wanita ini, menjadi seorang isteri memang merisaukan apabila kelibat suami yang bertugas di sebuah agensi kerajaan itu tidak berada di hadapan mata. Perasaan bertambah tidak keruan apabila mengenangkan kata-kata orang sekeliling.

“Bila suami jauh, macam-macam kata dilontarkan terhadap suami saya. Ada yang ingatkan saya supaya berhati-hati kerana wanita Vietnam ni jenis yang suka ikut orang asing. Macam-macam lagilah.

“Kalau difikirkan, memang risau tetapi itulah kepentingan kepercayaan dalam sesuatu hubungan. Mengenali dia sepanjang tujuh tahun sebagai isteri, saya yakin dia bukan sebegitu orangnya," jelasnya.

Faizal Izany akan pulang sebulan sekali ke rumah kelamin mereka di Segambut Kuala Lumpur. Peluang itu digunakan sepenuhnya untuk meluangkan masa berkualiti bersama. Selalunya mereka akan meluangkan masa seperti pasangan bercinta yang lain, bersiar-siar dan sebagainya.

Ini bukan kali pertama mereka berjauhan kerana tugasan suami, tetapi ia hanya memakan masa beberapa bulan sahaja. Justeru, selepas empat tahun berjauhan, suaminya pernah membuat keputusan untuk mengalah sahaja.

“Dia pernah beritahu hendak berhenti kerja kerana tidak larat lagi hendak meninggalkan saya lama-lama begini. Tetapi saya beritahunya jangan berhenti kerja. Saya tidak mahu disebabkan saya, masa depan dia dalam kerjaya akan terganggu.

“Saya rasa biarlah saya yang berkorban sementara demi masa depannya dan keluarga kami," kata wanita ini lagi.

Tipulah kalau tidak rasa sunyi kerana terpaksa hidup sendiri seperti wanita belum bersuami, tetapi Adzrin mempunyai cara yang tersendiri untuk menghilangkan rasa rindunya.

“Cara saya hilangkan rindu memang agak pelik kerana saya akan makan apa sahaja yang suami saya suka makan. Kadang-kadang ada makanan yang saya sendiri tidak suka makan contohnya macam kuetiau basah. Tapi sebab rindu pada suami, saya akan makan, itu cara saya," jelasnya sambil ketawa kecil.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zuhur 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.