saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 16/10/2014

Afee Utopia kini 'duta'

Antara otai-otai rock 80-an yang hadir ketika pelancaran Pertubuhan Apa Khabar Rockers (Pakar).

UTOPIA antara nama kumpulan rock yang mempunyai populariti tersendiri lantaran memiliki beberapa rangkaian lagu hit seperti Mithali Cintaku, Di Sini Pasti dan Maya Percintaaan.

Vokal nyaring serta unik milik penyanyinya yang dikenali sebagai Afee, 50, ternyata masih terngiang-ngiang sehingga kini tatkala teringat akan nama kumpulan itu ketika zaman kegemilangan rock 80-an.

Berhubung dengan vokalis berkenaan baru-baru ini, Afee memberitahu kehidupannya kini sama seperti dahulu, tetap aktif memenuhi undangan nyanyian di seluruh negara.

Selain rutin dunia nyanyiannya, lebih setahun lalu, dia memberitahu bahawa dirinya telah dilantik oleh Kilauan Impian Sdn. Bhd., sebagai jurucakap dan duta produk keluaran syarikat berkenaan.

“Saya kini merupakan duta bagi produk penjimatan petrol jenama MPR yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut. Tanpa disangka, jalinan yang diperoleh ketika sibuk membuat persembahan di sana sini membawa saya hingga ke tahap ini.

“Walaupun usia sudah setengah abad, saya bersyukur kerana Allah masih membuka pintu rezeki saya sebagai duta produk. Satu peluang yang jarang diterima oleh golongan seusia saya.

“Sejak menjadi duta dan jurucakap, saya sering mengikuti jadual promosi produk berkenaan yang merata di pelbagai lokasi dan destinasi," ujar pemilik nama Mohamad Safee Soefjan itu.

Sokongan keluarga

Walaupun ramai penggiat seni seangkatannya telah mengibarkan bendera putih untuk bersara daripada dunia muzik, sebaliknya semangat Afee tidak luntur untuk terus mengabadikan diri dalam dunia seni selagi hayatnya masih panjang.

Tidak menafikan perkara tersebut, Afee akui kebanyakan rakan-rakannya mulai perlahan untuk terus aktif tetapi baginya, selagi peluang itu masih ada, tidak salah untuknya mengekalkan momentum yang dimiliki.

“Bagi saya mudah sahaja, Allah telah menentukan rezeki setiap daripada kita. Alhamdulillah, rezeki saya dalam bidang nyanyian masih ada dan saya manfaatkan sebaiknya," kata suami kepada Fauziah Hasan, 42, dan bapa tiga orang anak iaitu Nurul Nafasha, 20, Muhammad Khairul Nizam, 18, dan Shahrul Iman, 10.

Melihat kebangkitan irama muzik 80-an yang kembali mendapat perhatian semasa, Afee menjelaskan bahawa dia akan muncul dengan produk terbaharu iaitu single ciptaan Raden Mas, manakala lirik karya Lin Majid yang diberi judul Cintaku Tak Pernah Mati.

Katanya, single tersebut masih mengekalkan genre yang sama, cuma ada sedikit adunan melodi semasa supaya ia segar dan mesra di telinga pengikut muzik masa kini.

“Kita cuba untuk mengadaptasi trend muzik terkini tetapi tetap menonjolkan keaslian irama rock dahulu," jelasnya ringkas.

Terbaru, dengan adanya Pertubuhan Apa Khabar Rockers (Pakar) yang bermatlamat mengembalikan era kegemilangan muzik zamannya, ia dilihat langkah proaktif memastikan penyanyi dan pemuzik sezaman mampu untuk berdaya saing dengan muka baharu yang menguasai industri muzik semasa.

“Ini adalah idea daripada anggota kumpulan Gamma iaitu Lan. Pakar disifatkan penggerak yang akan membantu saya dan teman seangkatan untuk terus bersaing, mewarnai seni suara tempatan serta mewujudkan peluang sama rata buat kami," ceritanya serba sedikit mengenai organisasi tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.