saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 16/10/2014

Awi Rafael tidak kisah

TEMPOH empat tahun berkecimpung dalam pentas hiburan nyata membukakan mata anak jati kota Singa ini agar terus maju ke hadapan dan memacu kejayaan membanggakan. Atas dasar itu jugalah, Awi Rafael sentiasa mahu yang terbaik dalam perjalanan kerjaya demi impiannya untuk mempunyai sebuah album Inggeris tercapai.

Selain menyanyi, Awi Rafael juga berkebolehan mencipta lagu. Malah lagu ciptaannya, seperti Pulanglah, Kalau Aku Kaya dan Bila Aku Jatuh Cinta, sering menjadi siulan ramai. Dikurniakan kebolehan itu tidak membuatkan anak seni kelahiran Singapura itu besar kepala. Malah dia lebih senang bersikap merendah diri dan bersedia menyanyi lagu ciptaan komposer lain.

Tanpa rasa ragu-ragu, Awi bersedia menyanyikan lagu Takdir Cinta, ciptaan vokalis 6ixth Sense, Adi Priyo yang merupakan lagu tema untuk telefilem Kusinero Cinta yang telahpun berakhir tayangannya itu.

Kata Awi, dia tiada masalah untuk menyanyikan lagu ciptaan daripada komposer lain.

“Kenapa mesti kita nak sombong dan membangga diri untuk tidak menerima lagu daripada orang lain kan? Saya rasa untuk nyanyikan lagu daripada komposer lain, tak ada masalah bagi saya.

“Muzik adalah universal dan dianugerahkan kepada semua. Kita tak perlu ego kerana jika saya hanya mahu menyanyi lagu yang saya nak, akhirnya nanti saya yang akan rugi," jelasnya.

Jelas Awi, dia telah cuba memberikan yang terbaik dalam lagu tersebut kerana Takdir Cinta sebenarnya terlalu tinggi untuk nada suaranya.

“Sebelum Adi bagi lagu ini pada saya, dia beritahu yang dia buat lagu ini berdasarkan jalan cerita Kusinero Cinta. Jadi saya sendiri perlu menjiwai lagu tersebut dengan lebih mendalam. Saya sungguh selesa bekerjasama dengan Adi dan seronok. Lagipun saya menyanjungi karya-karya yang dihasilkan oleh Adi.

“Sebagai penyanyi, menjiwai lagu merupakan tugas saya. Jadi saya cuba untuk menjiwai lagu tersebut biarpun pada hakikatnya lagu tersebut bernada sangat tinggi untuk saya. Tetapi bila dah dapat jiwai lagu tersebut, benda itu jadi mudah difahami dan saya tiada masalah bawa lagu tersebut," katanya sambil tersenyum.

Idam album Inggeris

Pada majlis pelancaran single terbaharunya, Takdir Cinta itu juga, Awi turut bercerita tentang perihal lagu-lagu Inggeris yang dihasilkannya.

“Saya sudah mula menulis lagu sejak berusia 14 tahun lagi. Lagu berjudul I Will, saya cipta pada usia 15 tahun .

“Bila saya rasa sudah selesa, saya terfikir mengapa tidak mencuba suatu kelainan lain untuk mencabar diri saya. Terdetik juga untuk buat album Inggeris dan kini saya rasa adalah masa yang sesuai," kata Awi.

Jelas Awi, dia mahukan sebuah album mini Inggeris yang mempunyai lima buah lagu dan menepati jiwanya.

“Saya rancang buat album mini Inggeris dulu. Dalam album itu nanti ada lima lagu. Ini pun sudah cukup membanggakan saya andai ia menjadi kenyataan," katanya penuh harapan.

Dalam pada itu menyentuh kepada single Takdir Cinta, Awi turut menyatakan rasa bersyukurnya kerana baru kini dia dapat melancarkan lagu tersebut secara rasmi.

Sebelum ini, bagi peminat tegar drama bersiri Kusinero Cinta, Hits pasti pembaca sudah begitu sinonim dengan lagu berkenaan.

Biarpun lagu tersebut sudah pun hangat diputarkan di corong-corong radio dan ketika ditanya mengapa mengambil masa yang agak lama untuk melancarkan lagu tersebut.

“Memandangkan isu-isu yang berlaku di Malaysia seperti insiden MH17, pihak Warner Music memahami negara sedang dilanda waktu sukar. Atas sebab itulah kami menangguhkan seketika sebarang aktiviti promosi.

“Kalau dulu macam lagu Pulanglah pun lagu keluar dulu baru buat promosi. Jadi situasinya sama jugalah macam lagu Takdir Cinta ini di mana drama keluar dulu kemudian barulah diikuti dengan single," jelas Awi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:00
Zohor 1:22
Asar 4:24
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.