saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 16/10/2014

Komitmen Nad Zainal

NAD belum bersedia menjalin hubungan cinta buat masa kini.

TIGA kali dia putus cinta, dan yang terkini gadis ini sebenarnya baru dua bulan solo tanpa kekasih. Mengakui dia tidak begitu bernasib baik dalam cinta, namun bagi pelakon muda Nad Zainal fakta itu sedikit pun tidak merunsingkan dirinya. Mahu mengambil masa yang ada ini sebagai modal untuk dia memberi sepenuh perhatian kepada dunia lakonan, balas Nad kalau boleh dia tidak mahu lagi pencapaian dirinya seiring dengan kontroversi diri.

“Kalau ikutkan sudah dua bulan saya solo, ikutkan perasaan itu tiada apa sangat memandangkan waktu sekarang ini saya lebih fokus dengan kerja.

“Memang saya kurang bernasib baik dalam cinta, kalau tengok rakan-rakan yang lain senang sahaja, tetapi tidak mengapa mungkin saya belum jumpa yang betul-betul serasi dengan saya," katanya.

Tidak menolak untuk bercinta lagi, namun kali ini ada yang perlu diterapkan gadis ini dalam memastikan hubungannya tidak berakhir dengan cara yang sama. Mengakui komunikasi dan toleransi sebagai elemen penting dalam hubungan, kata Nad siapa juga lelaki itu kelak yang pasti harus menyayangi dirinya sepenuh hati.

“Saya tidak kisah siapa juga dia, kaya atau miskin orang dalam industri atau tidak. Tetapi yang penting kami harus serasi dan saling menyayangi.

“Apa yang saya belajar melalui hubungan lalu adalah penting untuk ada komunikasi dan sikap toleransi," katanya ketika ditemui di Hari Kantin, Bananana di Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor baru-baru ini.

Menggambarkan dirinya sebagai seorang yang cukup setia, kata Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 24, dalam setiap hubungan dia tidak mungkin akan menjadi orang lain. Sebab itu dia cukup selesa berterus-terang, kerana baginya ini adalah cara terbaik untuk dia menghargai kasih sayang itu.

“Saya kalau berkawan dengan seseorang saya akan komited. Saya sekat diri saya untuk kenal dengan orang lain.

“Saya tidak tahu pandangan orang lain terhadap saya tetapi saya selesa jadi diri saya. Tetapi mungkin selepas ini saya akan lebih selesa bercerita mengenai hubungan selepas semuanya betul-betul stabil," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zuhur 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.