saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/10/2014

‘Wanita tak suka saya’

Dalam kesibukannya memenuhi jemputan syarahan agama di serata Lembah Klang, Azmil yang kini menetap di Shah Alam, Selangor rasa bahagia dapat menghabiskan kebanyakan masa senggangnya bersama empat orang anaknya iaitu Nurazalea Arifah, Nor Amalia Batrisya, Mohd. Bazli Zhafri dan Nur Alia Iman.

Mengecapi kebahagiaan bersama ahli keluarganya di negara sendiri berbanding negara asing, Azmil akui kenikmatannya berbeza kerana jaminan keselamatan yang lebih tinggi di Malaysia.

Namun begitu, Mega sempat mengajukan pertanyaan adakah pelakon itu tidak mahu langsung mencari jodoh terbaharu memandangkan dua perkahwinannya yang terdahulu berakhir dengan penceraian.

Diaju soalan sedemikian, Azmil tidak keberatan untuk menjawabnya. Jujur dia menjelaskan, jauh di sudut hati sememangnya nalurinya masih mahu lagi bergelar suami dan menghadiahkan ibu buat anak-anak yang dibesarkannya sendiri itu.

Bagaimanapun, dia akur, dalam keadaannya yang daif, apatah lagi tidak berharta, sukar baginya untuk melaksanakan misi mencari jodoh yang dimaksudkan.

“Wanita zaman sekarang ada antaranya menjadikan harta sebagai kriteria untuk memilih suami. Itu juga adalah salah satu tuntutan agama agar mencari pasangan yang bukan sahaja soleh, tetapi mempunyai latar belakang yang baik-baik termasuklah pekerjaannya.

“Bukan nak kata pekerjaan saya tak baik, tetapi ia tidak menjamin dari segi ekonominya disebabkan pendapatan yang tidak tetap. Siapa sahaja wanita yang mahukan suaminya seperti saya? Itulah kenyataannya yang sebenar-benarnya.

“Pun begitu, saya yakin masih ada wanita yang tidak mementingkan harta benda mahupun pangkat kerana jodoh itu berada di tangan Allah SWT. Jika sudah tertulis akan ada jodoh saya kelak, maka akan hadirlah wanita itu.

“Buat masa ini, saya serahkan segalanya kepada takdir dalam menentukan perjalanan hidup saya kerana Dia lebih arif akan makhluk dan masa depan saya," komen Azmil menjawab perihal jodoh.

Bercerai kerana perubahan

Mengimbas kembali sejarah perkahwinan aktor yang pernah dinobatkan pelakon terbaik dalam satu majlis anugerah suatu ketika dahulu, dua mahligainya yang dibina musnah akibat perubahan yang berlaku dalam dirinya.

Yang pertama katanya, isterinya ketika itu tidak suka apabila Azmil menceburi bidang seni, manakala yang kedua pula tidak bersetuju apabila dia mahu bersara dan berubah untuk mendalami ilmu agama.

“Kedua-duanya diakhiri dengan penceraian disebabkan dua perubahan berbeza yang saya tempuhi. Jadi saya sendiri tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Akur dengan jodoh kami hingga takat itu sahaja dan saya reda," katanya.

Azmil mendirikan rumahtangga dengan bekas isteri pertamanya pada awal kemunculannya di persada seni. Malah, ketika muncul dengan filem pertamanya, Mekanik, Azmil sudah pun berkahwin dan mereka dikurniakan seorang anak bernama Norshamira.

Manakala perkahwinan keduanya pula, Azmil dan bekas isterinya dikurniakan empat orang anak dan keempat-empat anaknya itu dijaga oleh Azmil sendiri setelah bercerai sejak Nur Alia Iman berusia empat bulan.

“Pernah juga ada wanita yang mahukan saya tetapi saya menolaknya dengan cara berhemah kerana tidak menepati ciri-ciri yang saya harapkan. Kalau boleh, biarlah bakal isteri saya nanti seseorang yang solehah yang mempunyai pegangan agama yang kuat," katanya menamatkan perbualan pada petang itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.