saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/10/2014

MLTR kembali

KUMPULAN Michael Learns to Rock (MLTR) kini kembali mengubat kerinduan peminatnya dengan single terbaharu iaitu Silent Times.

Single tersebut turut akan dimuatkan dalam album mereka yang berjudul 25 yang akan menemui peminat di pasaran mulai 25 Oktober depan.

Album ini memuatkan 25 buah lagu dan di mana 23 daripadanya merupakan kompilasi lagu-lagu popular mereka suatu ketika dahulu. Selebihnya merupakan lagu baharu mereka yang digubah khas buat para peminat yang ternanti-nanti akan kemunculan semula kumpulan kegilaan ramai ini.

Mengambil angka 25 kerana bertepatan dengan kejayaan mereka sepanjang berkecimpung dalam dunia hiburan selama 25 tahun.

MLTR mulai dikenali dengan lagu-lagu yang begitu mengasyikkan seperti Paint My Love, 25 Minutes dan Take Me To Your Heart.

Dalam pada itu juga, MLTR turut mengambil peluang ini untuk memasarkan kembali lima buah album studio mereka pada 4 September lalu. Antaranya Michael Learns To Rock (1991), Colours (1993), Played On Pepper (1995), Nothing To Lose (1997) dan Blue Night (2000).

Bagi anda yang ternanti-nanti lagu Silent Times, bolehlah melayari aplikasi Spotify untuk mendengar secara percuma atau bagi yang ingin mendapatkan lagu tersebut, anda boleh membelinya di iTunes atau kunjungi mana-mana kedai Speedy berdekatan bagi mendapatkan koleksi album MLTR.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.