saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/10/2014

Cinta diuji

Majlis pernikahan Erin Malik dengan Farriz Fauzy di Ampang, berlangsung dalam suasana ceria dengan kehadiran sanak saudara.

TUKAR lokasi pernikahan di saat akhir bukan satu penghalang untuk majlis diteruskan. Buktinya, pasangan Erin Malek dan Farriz Fauzy telah sah bergelar suami isteri pada hari Jumaat lalu.

Berkongsi detik ‘cemas’ itu, Erin berkata, dia amat bersyukur kerana segalanya berjalan lancar dan perancangan bagi hari istimewa itu berlangsung sempurna.

“Sebenarnya penukaran sudah dipanjangkan oleh keluarga saya empat atau lima hari sebelum majlis berlangsung.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan selamat. Saya berterima kasih kepada keluarga yang paling banyak membantu termasuk keluarga suami saya.

“Perubahan ini pun atas permintaan datuk dan nenek saya. Saya ikut sahaja apa kata ibu. Lagipun kasihan dekat datuk dan nenek. Mereka dah tak larat. Jadi, setelah semua bersetuju, kami pun mengambil keputusan tukar lokasi.

“Sepanjang menjalankan persiapan saya hanya tenang dan berharap semuanya dipermudahkan. Saya juga tidak tertekan kerana tahu saya perlu meniti hari bahagia saya itu," katanya ketika ditemui selepas majlis.

Dengan hanya sekali lafaz, Erin Malek atau nama penuhnya Nur Arina Abdul Malek, 20, selamat menjadi isteri kepada Mohd. Farriz Mohd. Fauzy, 30, yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Menyarungkan sepasang busana berona kelabu rekaan Azura Couture, pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Pernikahan Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Mohd. Yusof yang disaksikan oleh ahli keluarga terdekat termasuk ibu bapa kedua mempelai di rumah keluarga Erin di Duta Suria Residency, Ampang, kira-kira pukul 9.12 malam.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran berjumlah RM30,000. Pengantin lelaki memberikan tujuh dulang hantaran berupa sirih junjung, mas kahwin dan wang hantaran berserta cincin, al-Quran dan sepasang telekung, seutas jam, beg tangan dan sepasang kasut, barangan kosmetik dan set wangian serta manisan.

Sementara pihak pengantin wanita membalas sembilan dulang hantaran iaitu tepak sirih, cincin, al-Quran dan sejadah, seutas jam, sepasang sut, beg dan tali pinggang, set wangian, sepasang kasut serta kek.

Asalnya majlis nikah dirancang untuk dibuat di Hotel InterContinental Kuala Lumpur iaitu sama lokasi untuk majlis resepsi pada Sabtu lalu. Namun, semuanya sudah bertukar setelah mendapat persetujuan kedua belah keluarga pengantin.

Ditanya mengenai kos pembatalan itu setelah bertukar lokasi, kata Erin, dia tidak mengalami apa-apa kerugian.

Tambahnya, majlis asal itu yang berlangsung di hotel juga sudah disedekahkan kepada anak-anak yatim.

“Tiada apa-apa pun. Majlis makan-makan di hotel tetap ada dan kami menjemput anak-anak yatim untuk menikmati hidangan seperti yang dirancangkan pada awal. Sekarang, majlis saya di rumah juga sudah selesai. Kami sah sebagai suami isteri," ujarnya sambil mengesat air mata kegembiraan.

Cinta teruji

Sebak dan sempat menitiskan air mata ketika membaca lafaz, Farriz mengakui, dia tidak menyangka Erin yang merupakan gadis selama ini dinantikan sudah sah menjadi isterinya dan bersyukur kerana hubungan mereka bertaut sehingga ke gerbang perkahwinan.

“Perkenalan kami singkat sahaja. Kami kenal bulan Januari lalu, namun keserasian yang kami ada membuatkan saya terus melamar Erin untuk menjadi isteri saya.

“Perkahwinan itu memang impian semua orang. Ini masih permulaan. Selepas ini banyak lagi cabaran yang perlu saya hadapi sebagai suami.

“Cuma, saya hendak kata bahawa saya bersyukur kerana diberi isteri yang baik seperti Erin. Saya selesa dengan perkenalan pertama dengan Erin dahulu," katanya.

Memberitahu, cintanya dengan Erin pernah diuji selepas bertunang pada 21 Jun lalu, Farriz berkata, dia hadapi semua itu dengan tenang.

“Banyak cerita negatif yang didengari mengenai Erin sehingga ada yang mendakwa benda pelik-pelik. Maaf, tak boleh kongsi. Tapi ia tidak berkaitan dengan hubungan dan saya anggap semuanya cerita kosong.

“Buat apa hendak ambil kisah kalau cinta saya ini kuat terhadap Erin. Syukur Alhamdulillah, hubungan kami berjalan lancar. Saya juga hanya sempat gelak apabila keluar cerita yang bukan-bukan," jelasnya.

Sementara itu, Erin memberitahu, suaminya itu memang seorang sahabat yang baik dan menjadi tempat berkongsi suka dukanya.

“Dia (Farriz) seorang yang memahami. Tidak pernah melarang dengan apa yang saya buat (berlakon). Itulah suami yang saya idamkan selama ini dan lega dia masih memberi kebebasan untuk saya meneruskan kerjaya," katanya yang masih berasa gemuruh biarpun akad nikah sudah selesai.

Farriz mencelah, katanya, dia berbangga kerana memperisterikan seorang wanita yang turut memahaminya.

“Saya sayang dia bukan sebab dia artis dan sepanjang kenal saya nampak kejujuran dia. Sebelum ini saya tidak pernah tahu pun dia bekerja sebagai apa," tuturnya sambil tersenyum manis.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.