saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/10/2014

Pengarahan tidak bermoral

ALLAHYARHAM A.R. Tompel bukanlah
seorang antagonis seperti yang digambarkan
dalam telefilem Saloma.

DEMI maruah dan keadilan, kebenaran harus ditegakkan oleh keluarga pewaris Allahyarham A.R. Tompel. Perwatakan A.R. Tompel lakonan Azhan Rani yang dipaparkan oleh pengarah Melissa Saila dalam telefilem biografi Saloma tayangan Astro First Eksklusif didakwa ada yang tidak benar.

A.R. Tompel yang meninggal dunia pada 30 Januari 1973 ditampilkan sebagai seorang yang jahat dan menjadi punca Saloma menderita dalam biografi berkenaan. Semua itu menurut pewaris Allahyarham telah melanggar hak dan kebenaran sehingga menimbulkan prejudis, lebih kepada tohmahan dan berunsur fitnah.

Bukan untuk mencari perbalahan, kira-kira 30 orang pewaris A.R. Tompel tampil mengadakan sidang akhbar khas yang diadakan di Kompleks Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bersama wakil peguam dari Azam & Co., Khamis lalu. Dalam sidang akhbar itu, turut hadir adalah pewaris yang terus mencipta nama dalam dunia seni seperti pelakon A.R. Badul dan Amran Tompel.

Pelakon Adlin Aman Ramli antara pewaris yang lantang menyuarakan pendapatnya tentang telefilem berkenaan. Ikuti perbualan antara Hits bersama Adlin serta isteri kelima A.R. Tompel, Ruminah Sidek atau lebih dikenali sebagai Mak Mah.

Dalam pada itu, Melissa Saila yang dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp menyatakan yang dia enggan memberi sebarang komen tentang isu yang hangat diperkatakan ketika ini."

HITS: Difahamkan A.R. Tompel ditampilkan sebagai seorang yang jahat dalam telefilem Saloma. Adakah itu memang sifat sebenarnya?

ADLIN: Terjemahan yang dilakukan memang tidak dipersetujui oleh kami sekeluarga. Dari pihak kami, apa yang dipaparkan adalah tidak betul dan telah memberi impak psikologi kepada kami.

Sepanjang menonton telefilem berkenaan yang mula ditayangkan pada 28 Ogos lalu, kami tersinggung terutama sisi peribadi Allahyarham yang dikatakan ego dan sombong. Rasanya tidak baik kepada arwah.

Jadi kami telah menghantar notis dengan tiga tuntutan kepada pihak Astro pada 26 September lalu. Antaranya memberhentikan serta merta dan menarik balik tayangan telefilem berkenaan.

Ada maklum balas tentang tuntutan itu?

Setakat ini, peguam yang dilantik memaklumkan bahawa Astro telah memberi maklum balas mengenai isu cuma pada 8 Oktober lalu. Tetapi, peguam tidak boleh mendedahkan maklum balas berkenaan kerana dia perlu meneliti dari pelbagai sudut perundangan.

Menonton telefilem berkenaan, boleh terangkan lebih lanjut perkara yang membuatkan waris tersinggung?

Saya hanya boleh simpulkan penulisan dan pengarahan telefilem itu sebagai tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab.

Bagi saya, penulis skrip, pengarah, penerbit eksekutif dan penerbit telefilem ini terlalu ghairah membawa projek khas mereka ini untuk tontonan umum sehingga mereka lupa A.R. Tompel bukanlah sebatang kara, bukan tidak berzuriat, bukan beliau tak ada reputasi, bukan beliau tak diiktiraf. Allahyarham juga banyak menyumbang kepada industri perfileman tanah air.

Kami sudah mengenal pasti 29 babak yang ada unsur tohmahan itu. Tapi saya tidak boleh dedahkan. Saya serahkan semua kepada peguam yang dilantik.

Sebenarnya, kami tidak mahu arwah ayah terus dieksploitasi sehingga mempengaruhi orang ramai untuk percaya bahawa arwah Tompel seorang yang antagonis di luar filem.

Malah, reputasi arwah ayah sebagai seorang bintang terkenal dahulu pasti akan tercalar. Tegas saya kata, fakta yang diadakan tidak benar dan ditokok tambah atas tujuan untuk nilai komersial semata-mata.

Ada permintaan atau kebenaran untuk menjadikan A.R. Tompel sebagai subjek?

Paparan itu semua hanya berpaksikan kepada rujukan tunggal sahaja. Saya pasti rujukan kuat Melissa adalah daripada ibunya seniwati Mariani. Mereka juga tidak pernah meminta persetujuan pihak waris sepanjang penerbitan filem itu untuk mendapatkan input mengenai arwah daripada perspektif kami.

Kalau mereka tidak mengenepikan hak kami dalam menjayakan penggambaran telefilem itu, pasti banyak input berkenaan arwah ayah kami diperoleh.

Pernah diundang untuk sesi pratonton telefilem itu?

Pihak kami iaitu ibu dan abang pernah dijemput oleh pihak stesen televisyen ke majlis tayangan perdana filem itu yang kemudiannya dua kali telah dibatalkan.

Tindakan susulan?

Sasaran kami cuma mahu mereka tarik balik tayangan itu sahaja kerana `kerosakan’ telah pun mereka lakukan. Buat masa ini kami tidak fikir atau menyebut soal saman. Tetapi jika mahu membawa perkara ini ke mahkamah dan kalau itu sahaja caranya untuk menghentikan tayangan tersebut, kami tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini ke peringkat undang-undang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:00
Zohor 1:22
Asar 4:24
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.