saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/10/2014

Melissa kena jawab

KENAPA baru sekarang nak bising-bising? Kenapa dari awal dulu mereka tak halang penayangan Saloma Biopic yang rasanya sudah sebulan berada di saluran Astro First - rungut beberapa orang industri pada Miss J baru-baru ini.

Miss J sebenarnya malas nak komen sangat perihal yang berlaku antara pengarah Melissa Saila dengan keluarga AR Tompel. Bukan apa perkara tersebut sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara baik dan bukan macam ni kalau ditangani sejak awal.

Tapi betul ke Miss J dengar watak AR Tompel itu sepatutnya diberikan kepada salah seorang anak legenda itu. Tapi di saat akhir namanya digugurkan dan diganti dengan pelakon Azhan Rani. Entahlah..

Tak ada apa yang salah pun bila keluarga AR Tompel marah bila arwah bapa mereka digambarkan sedikit ‘hitam’ di dalam naskhah ini. Mereka cuma pertahan bapa mereka dan Miss J yakin semua orang pun akan buat benda yang sama jika terkena batang hidung sendiri.

Yang menghairankan Miss J mana hilangnya Melissa Saila selaku pengarah. Kenapa Melissa tak mahu komen dan hanya berdiam diri sahaja.

Sebagai pengarah dia berhak menerangkan apa yang dibangkitkan oleh keluarga AR Tompel. Mungkin watak ‘hitam’ yang cuba digambarkan oleh Melissa adalah dari kaca mata ibunya yang juga merupakan antara sumber utama.

Miss J mengistilahkan Seniwati Mariani sebagai ‘saksi hidup’. Tak mustahil juga apa yang digambarkan di dalam Saloma Biopic ini dilihat dari kaca mata Mariani sendiri.

Cuma masyarakat tidak boleh melihat Saloma Biopic ini sebagai cerita sebenar seratus peratus. Sudah pasti bila melibatkan elemen drama ia akan ditokok tambah semasa proses melakonkan semula.

Kalau nak buat cerita sebenar kenalah buat dokumentari. Tak gitu?

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:00
Zohor 1:22
Asar 4:24
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.