saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/10/2014

Cinta 8 tahun Farhan-Rashadan

Pasangan pengantin baru ini bakal berbulan madu di Maldives.

PERSEFAHAMAN dan saling mempercayai antara satu sama lain, itu adalah resipi kejayaan cinta penyanyi Farhan Azizan yang selamat bergelar isteri kepada Ahmad Rashadan Mohd. Suhaimi, pagi Jumaat lalu.

Biarpun latar belakang kerjaya mereka berbeza namun itu bukan penghalang buat pasangan yang masing-masing berusia 30 tahun ini untuk mengecapi kebahagiaan sebagai suami isteri.

"Alhamdulillah... Semuanya berjalan lancar. Saya sudah bertukar status, dah jadi isteri orang," kata Farhan sebaik saja majlis pernikahannya yang berlangsung di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi, Selangor itu selesai.

Mengakui lega kerana impiannya untuk bersatu dengan suami kesayangan biarpun menanti sehingga lapan tahun lamanya kata Farhan, pengakhiran cinta mereka cukup manis buat dirinya.

Justeru kata Farhan, segala keperitan sepanjang mempertahankan hubungan istimewa mereka itu terus hilang sebaik saja mereka diijabkabulkan.

Kenyataan Farhan itu disokong oleh suaminya yang berada di sisinya. Pengarah Pembangunan Perniagaan di sebuah syarikat gas yang berpusat di Timur Tengah ini turut berasa bahang seperti mana isterinya.

"Tempoh lapan tahun sudah cukup membuatkan saya mengenali hati budi isteri. Kami melengkapi antara satu sama lain. Paling saya takut apabila dia tiba-tiba mahu menjauhi saya.

"Sebab sepanjang tempoh perkenalan, saya pernah terputus hubungan dengan dia apabila menyambung pelajaran dalam peringkat Sarjana Kewangan di Universiti Conventry di London pada 2009.

"Tiga tahun kami terputus hubungan. Saya ingat dia sudah berpaling tadah tetapi telahan saya meleset kerana sepanjang tempoh itu juga, dia mengharapkan agar hubungan kami berjalan seperti sedia kala," katanya.

Kedua pasangan bertemu kali pertama pada sebuah majlis anjuran Kelab Peminat Farhan di Kuala Lumpur pada 2006 sebelum bertunang pada 12 Februari 2012.

Pada majlis pernikahan mereka yang berlangsung pada 10 Oktober lalu, Farhan menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan memilih untuk merahsiakan wang hantaran.

Tanggungjawab

Mengulas lanjut tentang tanggungjawab baharu sebagai isteri kata Farhan, dia bersedia untuk memikul tugas menjaga suami dan taat kepada perintahnya.

Pada masa yang sama Farhan menambah, dia bersyukur kerana Rashadan memberikan ‘lampu hijau’ untuk terus bergiat aktif dalam bidang hiburan asalkan ada batasan dan menjaga maruah suami.

"Setiap kerja saya perlu dirujuk dan mendapat ‘kelulusan’ daripada suami dulu. Lagi pun perkara itu dah menjadi amalan sejak kami bertunang.

"Kalau ada kelapangan juga, suami akan menemani untuk membuat persembahan. Tak ada bezanya dahulu dengan sekarang, cuma status saja," katanya lagi.

Membuka topik tentang perancangan berbulan madu Farhan menyerahkan urusan itu kepada Rashadan. Hasil muafakat pasangan itu memilih Maldives sebagai lokasi kerana tempat pelancongan itu terkenal dengan pantainya yang cantik.

Pun begitu kata Rashadan, hasrat untuk ke Maldives perlu ditangguhkan buat sementara waktu kerana komitmen kerja masing-masing.

"Tengoklah mungkin berbulan madu pada hujung tahun ini atau awal tahun depan. Waktu itu agak lapang, kerja pun dah tak banyak," katanya yang merancang mahu menimang cahaya mata secepat mungkin.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zuhur 1:13
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.