saya nak baca ..

GOLF


ARKIB : 10/10/2014

Jom beraksi di Indonesia

Pengarah KAA Travel, Lazman Moib (tengah) menyampaikan hadiah kepada juara gross pusingan keempat, Abdul Razak Jamaludin di Jakarta, baru-baru ini.

SEMAKIN hari bertambah ramai sama ada kanak-kanak, remaja, pertengahan usia atau pun golongan 50-an dan 60-an meminati dan bermain golf. Sukan yang suatu ketika dianggap hanya untuk golongan berada, kini boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan status.

Dalam hampir 200 kelab golf di seluruh negara, kita dapat lihat semakin ramai pemain-pemain golf amatur bermain di kelab-kelab golf dari yang bertaraf satu bintang sehinggalah berstatus lima bintang dalam pelbagai pertandingan amatur yang diadakan.

Bagi mereka yang gemar menyertai kejohanan golf amatur ini, di mana sahaja kejohanan diadakan di situlah mereka menyertainya. Ia bukan sahaja kerana minat tetapi juga mahu menimba pengalaman selain dapat berkenalan dan mengeratkan silaturahim di kalangan pemain-pemain golf amatur yang datangdari pelbagai pelusuk negeri.

Selain menyertai kejohanan golf amatur dalam negara, ramai di kalangan pemain-pemain golf amatur ini juga gemar menyertai kejohanan golf yang diadakan di kelab-kelab golf luar negara seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Kemboja dan juga di Eropah.

Justeru, dengan minat dan sambutan yang semakin menggalakkan inilah mencetuskan idea buat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Leisure Golf Services, Steven Leow untuk mengadakan kejohanan golf amatur di luar negara seperti Indonesia dan Thailand.

Sejak mula diperkenalkan tahun lalu, kejohanan di kelab-kelab golf terkemuka di Indonesia dan Thailand semakin mendapat sambutan di kalangan pemain golf amatur negara ini. Malah untuk menjadikan kejohanan itu lebih menarik, Leisure Golf Services telah mewujudkan kerjasama dengan pihak Garuda Indonesia untuk menganjurkan kejohanan golf di Jakarta.

Menurut Steven, kejohanan golf bersama Garuda Indonesia yang dikenali Garuda Indonesia Golf Challenge 2014 merangkumi enam pusingan di mana pusingan pertama telah bermula pada 23 hingga 26 April laludi Kelab Golf Permata Sentul, Imperial dan Pantai Indah Kapuk, Jakarta.

Katanya, begitu juga dengan pusingan kedua, ketiga dan keempat di mana semua kejohanan itu diadakan di kelab-kelab golf terkemuka di Indonesia seperti di Jakarta, Bandung dan Bogor Raya.

“Kini tinggal dua pusingan lagi di mana pusingan kelima akan bermula pada 22-25 Oktober ini di Kelab Golf Modern, Sentul Hihgland dan Rancamaya. Manakala pusingan keenam pada 19-22 November depan pula akan diadakan di Imperial, Emeralda dan Bumi Serpong Damai.

“Dua pemenang dalam setiap pusingan akan layak ke pertandingan Grand Final yang akan diadakan di Bali pada 9-12 Januari tahun depan.

“Tetapi bagi mereka yang kalah jangan kecewa kerana kita juga menyediakan hadiah cabutan bertuah yang turut melayakkan pemenangnya untuk beraksi di Grand Final," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ara Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Steven berkata, sejak kejohanan itu diperkenalkan, sambutan yang diterimanya sungguh menggalakkan sehingga beliau terpaksa menolak banyak permohonan daripada individu yang ingin menyertainya kerana kuota sudah penuh.

Sehubungan itu, Steven memohon maaf kepada pemain-pemain golf yang tidak dapat menyertai pusingan keempat yang lepas kerana tempat yang terhad berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’.

Mengulas mengenai bayaran penyertaan bagi kejohanan itu, Steven menjelaskan, sebanyak RM1,890 (satu bilik dua orang) dan RM2,090 (satu bilik seorang) dikenakan kepada setiap pemain termasuk pakej penginapan, tiket penerbangan, tiga pusingan golf, goodies, makan malam dan hadiah.

Bagi kejohanan pada tahun hadapan, Steven berkata, pihaknya bersama Garuda Indonesia telah menetap sebanyak 12 pusingan dan kelab-kelab golf yang akan menjadi lokasi kejohanan serta Grand Final akan diberitahu kemudian, di lama web leisuregolf.com.my.

Bagi kaki-kaki golf yang berminat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi Steven di talian 016-2026111 atau layari laman web leisuregolf.com.my.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.