saya nak baca ..

GOLF


ARKIB : 15/05/2014

Beraksi dengan Tiger Woods

HANS Isaac menerima hadiah daripada Firat Yildirim setelah muncul juara Kategori A, Turkish Airlines World Golf di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PELUANG beraksi bersama Tiger Wood pada pro-am kejohanan golf Turkish Airlines Open serta melancong selama tujuh malam di Turki merupakan hadiah yang ditawarkan kepada para pemenang Turkish Airlines World Golf Cup yang diadakan di Kelab Golf Kuala Lumpur (KLGCC) baru-baru ini.

Pemenang pada pusingan yang diadakan di Malaysia itu akan bergandingan dengan para pemenang dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, Afrika Selatan, Thailand, Great Britain, Korea Selatan, Jepun, China, Sepanyol, Amerika Syarikat, Portugal, Itali, Greece, Argentina dan pemenang dari tuan rumah Turki sendiri untuk beraksi di grand final di Altanya, Turki pada November ini.

Juara pada grand final pula akan dipilih untuk beraksi pada perlawanan pro-am Turkish Airlines Open bersama Woods yang dijadualkan hujung tahun ini.

Turkish Airlines yang diundi sebagai syarikat penerbangan terbaik Eropah untuk tahun ketiga-tiga berturut-turut melancarkan kejohanan World Golf Cup itu pada tahun 2013.

Pengurus Besar Turkish Airlines Kuala Lumpur, Firat Yildrim berkata, Turkish Airlines World Golf Cup menampilkan 12 pusingan kelayakan dan pada tahun lalu telah dimenangi oleh pemain dari China, Han Liang yang mana sebagai hadiah dia telah beraksi bersama Woods.

Untuk pusingan di Kuala Lumpur ini, pelakon Hans Isaac telah muncul sebagai pemenang kategori A, apabila berjaya mengumpulkan 42 mata stableford untuk mengketepikan cabaran lebih 100 peserta lain.

Yildrim berkata, pusingan pertama Turkish Airlines World Golf Cup itu telah diadakan di India pada March lalu.

Ditubuhkan pada 1033 dengan hanya lima pesawat, Turkish Airlines yang merupakan sekutu kepada Star Alliance hari ini merupakan syarikat penerbangan bertaraf empat bintang dengan 244 pesawat penumpang dan kargo.

Ia terbang ke 246 bandar utama di seluruh dunia yang menjadikannya antara syarikat penerbangan dengan jaringan penerbangan terbesar selain telah memenangi pelbagai anugerah kerana kecemerlangannya.

Keranana kecemerlangan itu juga syarikat penerbangan ini telah menerima anugerah syarikat penerbangan terbaik di Eropah untuk tiga tahun berturut-turut daripada Skytrax.

Turkish Ailines juga pernah memenangi Sajian Untuk kelas Ekonomi Terbaik pada 2010 dan Sajian Untuk Kelas Perniagaan Terbaik pada 2013.

Pesawat-pesawat Turkish Airlines terbang ke lebih banyak negara berbanding syarikat penerbangan lain iaitu 106 negara di lima benua yang menyediakan jaringan penerbangan yang cukup komprehensif terutama untuk pelanggan perniagaan.

Untuk memastikan perkhidmatannya berada pada tahap terbaik, Turkish Airline sentiasa mengutamakan kualiti seperti perkhidmatan berkualiti, sistem hiburan dalam penerbangan terbaik, kerusi yang selesa, makanan yang enak serta layanan anak-anak kapal yang mesra.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.