saya nak baca ..

GOLF


ARKIB : 03/10/2013

Golf di bumi Siam

Salah satu lubang di Burapha Golf Club Pattaya yang menjadi tumpuan pelanggan korporat.

SELAIN Indonesia, Thailand merupakan satu lagi destinasi yang selalu menjadi tumpuan kaki golf dari Malaysia.

Tetapi kekangan bahasa menyebabkan para golfer Malaysia lebih suka ke Indonesia.

Tetapi apa salah sekali-sekala berubah angin dengan beraksi di Thailand yang sudah pasti pengalaman dan cabaran yang ditawarkan cukup berbeza.

Terdapat beberapa destinasi utama di Thailand untuk pencinta golf. Selain Bangkok, Hua Hin, Phuket, Chiangmai dan Pattaya juga memiliki banyak padang golf untuk dicuba.

Bagi yang ingin mencuba, boleh pilih mana destinasi yang ingin beraksi mengikut kesukaan dan bajet masing-masing.

Bangkok misalnya, menawarkan banyak lapangan golf menarik yang cukup memberi nilai untuk setiap wang yang anda belanjakan.

Malah, Bangkok kini dikatakan sebagai pusat untuk aktiviti golf antarabangsa kerana ia menawarkan kombinasi sempurna antara keseronokan beriadah dan kehidupan kota.

Pelancongan berasaskan golf di Bangkok kini semakin berkembang dengan kemudahan yang berkaitan sukan ini semakin dipertingkatkan termasuk munculnya lapangan-lapangan baru.

Sementara lapangan-lapangan lama pula telah dinaik taraf supaya mencapai standard antarabangsa.

Apa yang mahu diperkatakan di sini ialah pengalaman percutian golf tiga hari tiga malam di Bangkok dan Pattaya.

Pattaya hanya terletak kira-kira 75 minit jika memandu dari lapangan terbang antarabangsa Suvarnabhumi. Sebab itu, ia boleh dipakejkan sekali dengan Bangkok.

Kalau pergi menggunakan pakej ini, peserta akan berlepas dari Kuala Lumpur pada sebelah malam menggunakan penerbangan Luftansa. Tambangnya jika tempah awal hanya RM400 dua hala. Beg Golf percuma. Tidak ada bayaran tambahan.

Sebaik tiba di Bangkok, para pemain terus dibawa untuk bermalam di Pattaya. Esoknya, destinasi pertama ialah Siam Golf Club - lapangan golf yang cukup tersohor di Thailand dan selalu menjadi tuan rumah kepada kejohanan besar terutama Honda LPGA.

Namun, peluang untuk beraksi di lapangan Old Course tidak kesampaian. Hanya lapangan Plantation yang direka oleh Lee Cshmidt menjadi ganti. Lapangan ini tidak kurang menariknya selain mencabar.

Lapangan dengan 27 lubang ini direka mengelilingi lereng bukit yang menyajikan pemandangan pantai Pattaya dan Teluk Siam yang mengasyikkan.

Asalnya ia merupakan ladang ubi kayu dan nanas. Tetapi telah dibangunkan menjadi sebuah lapangan bertaraf antarabangsa dengan mengekalkan ciri-ciri ekologi semulajadinya.

Bermacam-macam ciri ada pada lapangan ini. Fairway yang panjang, lubang buta, bunker besar dan tinggi serta green yang sukar.

Jarak lapangan ini ialah 7,495 ela yang merupakan lapangan paling panjang di Patttaya.

Selepas selesai menikmati cabaran di Siam Golf Club, peserta mempunyai masa sepanjang petang dan malam untuk menyelusuri pelbagai tarikan di Pattaya.

Keesokan pagi, destinasinya ialah Burapha Golf Club yang terletak di kawasan Chonburi.

Lapangan ini popular di Pattaya kerana sering menjadi tumpuan korporat untuk mengadakan kejohanan.

Ini merupakan lapangan klasik dengan 36 lubang. Rekaannya memanfaatkan setiap elemen yang terdapat di sekeliling seperti tasik semula jadi, bukit dan kawasan persekitaran lain.

Selesai di Burapha, pergerakan peserta terus ke Bangkok untuk bermalam di ibu negara Thailand itu.

Lagi pula, ramai yang mahu sampai awal di Bangkok supaya berkesempatan mengunjungi Tania Plaza yang merupakan syurga membeli-belah untuk kaki golf.

Setelah semalam bermalam di Bangkok, destinasi esok paginya ialah Vintage Golf Club di Samutprakarn.

Ini mungkin lapangan yang agak kurang dikenali di Bangkok. Vintage dipilih kerana kedudukannya berhampiran lapangan terbang. Selesai permainan, para pemain akan tersu ke lapangan terbang untuk mengejar penerbangan pulang pada pukul 5 petang.

Lapangan ini agak rata dengan cabaran terletak pada beberapa fairway yang sempit yang lebih memerlukan ketepatan dan bukannya kekuatan.

Tetapi daripada segi kualiti dan standard, boleh dikatakan sama dengan lapangan lain di Thailand.

Bagi yang belum pernah bermain golf di Thailand, selain tiga lapangan ini, mereka boleh memilih banyak lagi lapangan lain.

Untuk tempoh tiga hari itu, mereka boleh memilih untuk beraksi di Bangkok sahaja atau di Pattaya sahaja atau kombinasi kedua-duanya.

Untuk pakej tiga hari tiga malam ini kosnya sekitar RM1,200. Kos itu meliputi penginapan, pengangkutan yang selesa dan yuran green. Ia tidak termasuk tambang kapal terbang.

Pakej menarik ini boleh diperolehi daripada Leisure Golf Services yang merupakan antara agensi yang menawarkan pakej golf Thailand.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 016-2026111.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.