saya nak baca ..

GOLF


ARKIB : 22/08/2013

Jerebu, hujan boleh main golf

SALAH seorang pelanggan mencuba kebolehan dalam satu kejohanan simulasi yang diadakan di Tropica Leisure Golf, Setia Tropika, Johor Bahru, baru-baru ini.

MASALAH jerebu dan hujan lebat sememangnya menjadi penghalang kepada kaki-kaki golf untuk turun ke padang.

Tahap pemandangan rendah dan risiko kesihatan yang dihadapi ekoran jerebu menyebabkan kaki-kaki golf lebih rela duduk di rumah.

Tetapi bagaimana jika anda sebenarnya berpeluang bermain 18 lubang atau mungkin 36 lubang sekalipun, baik ketika Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah paras berbahaya atau matahari terik dalam musim kering atau ketika hujan lebat yang berlarutan?

Bukan itu saja, bermain golf dalam suasana dingin tanpa perlu berpenat mencari bola akibat pukulan tidak menjadi juga bunyinya seperti mustahil namun kecanggihan teknologi memungkinkan apa sahaja.

Itulah alternatif yang dibawa Tropica Leisure Golf atau senang dengan akronim TLG, untuk memudahkan peminat sukan ini terus aktif walaupun berdepan pelbagai keadaan tidak mengizinkan seperti hujan, 'flight' penuh di kelab golf kegemaran atau tiada teman untuk tee-off bersama.

Dibuka sejak Mac 2011 di Setia Tropika, mulanya ramai pemain golf biasa di sekitar Johor Bahru yang pesimis dengan kemudahan ini namun faktor sambutan terhadap sukan ini yang semakin baik di kalangan belia berhasil meningkatkan jumlah pengunjungnya.

Ketua Pegawai Operasi TLG, Mohamed Khairul Mohamed Napi berkata, sejak dibuka pada Mac 2011, TLG memberi tumpuan kepada kumpulan belia atau mereka yang baru menceburkan diri dalam sukan ini dan semua lapisan masyarakat seiring dengan moto pusat simulasi ini iaitu Golf For All'.

"Setelah beroperasi selama lebih dua tahun, saya dan lapan rakan niaga yang lain mendapati bacaan sikap yang dibuat jelas menunjukkan peralihan minda di kalangan golfer terutama anak muda. Kami sepakat untuk menubuhkan pusat simulasi golf ini kerana sukan golf sebenarnya semakin mendapat tempat di dalam masyarakat.

"Malah tidak keterlaluan untuk mengatakan pusat simulasi ini mendapat sambutan yang baik di kalangan golfer baru dan juga lama kerana cuaca yang tidak menentu sekarang ini menjadikan TLG alternatif untuk bermain bersama rakan selain sesuai sebagai tempat pertemuan," ujarnya.

Menggunakan teknologi dari Korea Selatan, kemudahan TLG tidak seperti pusat simulasi golf yang lain kerana apa yang terdapat di sini menggunakan tiga pengesan yang mampu memberikan bacaan yang sama seperti bermain di padang golf sebenar.

Bukan sahaja kelajuan dan corak ayunan, malah kelajuan serta arah putaran bola per minit turut dipaparkan sebagai rujukan kepada pengunjung selain rakaman video yang membolehkan seseorang membuat analisis kemahiran dibandingkan dengan pemain profesional sebagai rujukan.

Jika bola pemain jatuh di dalam rough dan bunker, komputer juga akan mengira jarak sebenar yang perlu dipukul dari sasaran sekali gus membolehkan pemain membuat anggaran lebih tepat apabila bermain di padang nanti.

Terdapat 48 lapangan golf di dalam pangkalan data TLG yang sebahagian besar merupakan antara yang terkenal di seluruh Korea Selatan serta beberapa lapangan lain berdasarkan kelab golf di China dan Jepun.

Dibuka sehingga dinihari

Sesiapa sahaja yang berada di luar premis TLG mungkin hairan dengan kelibat mereka yang berpakaian golf, sesetengahnya mengusung beg golf berserta peralatan menaiki tangga sedangkan jam sudah menunjukkan pukul 9 atau 10 malam.

Namun itulah realitinya di pusat simulasi yang beroperasi dari pukul 2 petang hingga 12 tengah malam itu, terutama pada Isnin dan Jumaat iaitu hari TLG menghargai pelanggan setia mereka dengan memberikan satu jam percuma bagi setiap jam yang dibayar.

Bunyi gelak tawa dan 'dentuman' bola golf mengenai skrin kanvas merupakan irama biasa di TLG, khususnya pada dua hari tersebut dan juga ketika hujung minggu atau cuaca tidak mengizinkan peminat sukan ini turun ke padang.

Menurut Mohamed Khairul, TLG juga sedia melanjutkan operasi sehingga dinihari bagi membuka peluang kepada semua pelanggannya meluangkan masa 'menunaikan' hobi mereka, apatah lagi sebahagian pemain golf amatur tidak mempunyai masa lapang pada hujung minggu atau sentiasa sibuk pada hari biasa untuk tee-off bersama rakan-rakan.

Tambahnya, populariti TLG di kalangan pemain golf di Johor Bahru semakin berkembang, malah ada segelintir pelanggan sanggup datang dari daerah lain dan Singapura untuk mencuba sendiri kemudahan di pusat golf simulasi ini.

"Jika juruterbang berlatih memandu pesawat dengan menggunakan simulasi, kenapa tidak untuk pemain golf? Jika cuaca tidak mengizinkan anda bermain di padang, anda boleh berbuat demikian di sini dalam keadaan lebih selesa berhawa dingin," katanya.

Ujarnya, ramai pelanggan yang memulakan 'karier' golf mereka di sini menyaksikan peningkatan dalam permainan di padang, malah dua hadiah televisyen plasma berukuran 43 inci sudah dibawa pulang oleh dua pelanggan yang berjaya mencatat pukulan selubang.

Tambahnya, kejohanan golf simulasi yang dianjurkan hampir setiap bulan turut menyumbang kepada pertambahan jumlah 'pelanggan tegar' menyebabkan operasi TLG dilanjutkan sehingga dinihari.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.