saya nak baca ..

GOLF


ARKIB : 27/07/2013

Edugolf ajar main golf percuma

TIGA jurulatih golf berpengalaman (baju kuning) dari kiri: P. Perumal, S. Selvakumar dan M. Selladorai diberi penghormatan merasmikan Edugolf Kids & Junior Clubs di Lapangan Golf Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

ENYEDARI sukan golf semakin mendapat sambutan hangat daripada peminat di setiap peringkat lapisan masyarakat, sebuah pusat latihan yang dikenali sebagai Edugolf mengambil inisiatif tersendiri dengan mewujudkan sebuah pusat latihan yang dikenali Edugolf Kids & Junior Clubs.

Kelab itu yang dilancarkan penubuhannya di Lapangan Golf Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini, akan memainkan peranan penting untuk membawa sukan golf tanah air ke peringkat yang lebih tinggi sehingga setaraf dengan negara luar seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Negara-negara tersebut sudah berjaya melahirkan pemain-pemain golf handalan dunia seperti Tiger Woods, Rory Mcllroy dan ramai lagi.

Pusat latihan ini bertanggungjawab mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan kanak-kanak berusia lima tahun ke atas dan mereka akan dilatih oleh jurulatih profesional yang terdiri daripada bekas pemain golf profesional yang berdaftar dengan Persatuan Golf Profesional Malaysia (PGAM).

Menurut Pengerusi Eksekutif Edugolf, Badrisham Sulong, sejak Edugolf Kids & Junior Clubs dilancarkan, pihaknya telah menerima pendaftaran keahlian lebih daripada 500 pelajar termasuk pelajar tempatan dan luar negara, antaranya dari Afrika, Indonesia, Filipina dan Korea.

Katanya, daripada jumlah tersebut, seramai 100 pelajar antarabangsa telah berdaftar yang mana mereka kini sedang menjalani latihan di Edugolf Kids & Junior Clubs. Selain itu, 70 pelajar tempatan turut mendaftarkan diri.

"Sebenarnya kami mensasarkan 300 pelajar tempatan dan kami yakin mampu mencapai angka tersebut.

"Ini kerana di Edugolf Kids & Junior Clubs, kami tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pelajar tempatan.

"Lebih mengujakan, kami juga akan mengajar mereka (pelajar tempatan) bermain golf secara percuma selama setahun," katanya kepada .com.

Beliau berkata, pihaknya tahu kebanyakan ibu bapa takut untuk menghantar anak-anak mereka belajar bermain golf kerana bimbang dengan bayaran yang akan dikenakan.

Justeru, beliau ingin menegaskan sekali lagi bahawa di Edugolf Kids & Junior Clubs, pelajaran percuma akan diberikan kepada anak-anak tempatan yang ingin belajar bermain golf.

Badrisham juga berkata, selain tiada yuran pendaftaran, pihaknya juga akan menyediakan peralatan sukan golf kepada pelajar yang tidak mampu membeli peralatan tersebut sepanjang latihan di Edugolf Kids & Junior Clubs.

Katanya, sepanjang pembelajaran di kelab tersebut, para pelajar akan menjalani latihan praktikal seperti memukul bola di driving range, putting green, selain bermain golf menggunakan simulator.

Menurut Badrisham lagi, bagi mencungkil bakat baru kanak-kanak ini, pihaknya akan dibantu oleh PGAM yang akan memantau prestasi semasa para pelajar di Edugolf Kids & Junior Clubs.

"Pelajar yang berkebolehan akan dihantar menyertai pertandingan golf di peringkat kebangsaan.

"Selepas mereka berjaya membuktikan kebolehan masing-masing, langkah seterusnya adalah pihak Edugolf dengan kerjasama PGAM dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menghantar mereka bertanding di luar negara pula.

"Saya percaya dengan kerjasama daripada kementerian terbabit dan PGAM, kami mampu merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencungkil pemain-pemain golf berbakat dalam negara ini, sekali gus menaikkan imej sukan golf negara setanding dengan negara luar," katanya penuh yakin.

Dalam pada itu, Badrisham mengucapkan terima kasih kepada kerajaan melalui KBS, bahagian pendidikan swasta Kementerian Pendidikan dan Kementerian Dalam Negeri yang memberi kepercayaan kepada Edugolf Training Centre Sdn. Bhd. dan PGAM untuk mewujudkan pusat latihan golf yang bertaraf antarabangsa itu.

Kepada ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke Edugolf Kids & Junior Clubs, bolehlah menghubungi talian 03-89597000 atau layari laman web www.edugolf.com.my. - IMRAN MOHAMAD NOR

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.