saya nak baca ..

GOLF


ARKIB : 30/05/2013

Bangunkan bakat muda

Gavin Green antara bakat muda yang diberi peluang oleh Maybank untuk beraksi di pentas antarabangsa pada kejohanan Maybank Terbuka Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

MELENTUR buluh biarlah dari rebung. Itu kata pepatah Melayu yang bermaksud jika mahu mendidik seseorang dalam sesuatu bidang biarlah dari usia yang muda.

Begitu juga dalam bidang sukan. Bakat-bakat mudah perlu dicungkil dan diasah jika mahu menghasilkan jaguh-jaguh terkemuka negara pada masa hadapan.

Itu antara usaha yang dilakukan oleh Maybank terutama dalam sukan golf bagi mencari bakat-bakat baru untuk diketengahkan.

Sebagai penaja utama kejohanan golf Maybank Terbuka Malaysia, usaha Maybank tidak terhenti di situ sahaja.

Komitmen Maybank terhadap golf sentiasa berterusan walaupun kejohanan yang paling berprestij di Malaysia dan Asia itu telah berakhir.

Saban tahun Maybank menyokong pelbagai inisiatif yang membabitkan pembangunan pemain muda hingga kepada profesional golf melalui pelbagai penajaan.

Maybank juga turut terlibat dalam pencarian bakat kerana menyedari nama-nama besar dunai seperti Rory McIlroy dan Tiger Woods mula membabitkan diri dalam golf sejak di usia kanak-kanak.

Untuk itu Maybank telah menggerakkan usaha untuk membawa lebih ramai generasi muda Malaysia ke dalam sukan golf dengan mengasah bakat mereka dalam usaha melahirkan juara untuk masa depan.

Maybank memulakan program untuk golongan muda pada 2006 melalui Maybank Junior Golf - National Camp. Sejak itu program tersebut diadakan setiap tahun.

Bakat-bakat muda Malaysia yang berusia 12 hingga 16 tahun akan dinamakan oleh persatuan golf negeri masing-masing untuk menghadiri kem latihan intensif selama tiga hari.

Di kem itu mereka bakat dan kemahiran mereka dipertajamkan selain mengukuhkan aspek kecergasan dan pengetahuan dalam etika di lapangan golf.

Dalam usaha meningkatkan pembabitan golongan muda dalam sukan golf pada peringkat lebih awal, Maybank tampil dengan satu lagi program juga khusus untuk generasi muda iaitu The Maybank Junior Golf - Champions Academy.

Sasarannya adalah kanak-naka berusia antara enam dengan 12 tahun.

Uniknya, Maybank Junior Golf - Champions Academy ini terbuka kepada mereka yang langsung tidak pernah pegang kayu golf.

Matlamatnya ialah menawarkan generasi muda itu dengan peluang untuk merasai sukan itu dan mengenalpasti serta membangunkan bakat melalui beberapa siri cabaran dan pemerhatian.

Pada peringkat awal program itu membabitkan 300 kanak-kanak dari seluruh negara yang mana jumlah itu akan ditapis hingga akhirnya tinggal 10 orang.

Semua 10 peserta akhir iru yang mempamerkan bakat terbaik akan menyertai program kem latihan intensif selama tiga tahun di bawah pengawasan Profesional Golf, Tony Maloney.

Program itu merupakan kombinasi pembangunan golf seiring dengan bidang pelajaran.

Kem latihan intensif itu akan diadakan ketika cuti sekolah dan Maybank akan menyediakan setiap mereka dengan baucer supaya mereka boleh terus menyambung latihan apabila kembali ke negeri-negeri masing-masing sementara menunggu kem berikutnya.

Salah seorang peserta Maybank Junior Golf - Champions Academy itu ialah, ZulaikahNurziana Nasser, 10, dari Subang Jaya.

Dia yang sudah bermain golf sejak berusia tujuh tahun dipilih pada Disember tahun lalu.

Pemilihannya berdasarkan keupayaan dia menamatkan cabaran dalam kelompok 10 terakhir, Zulaikah merupakan antara penerima manfaat program latihan unik Maybank ini.

Dia pernah muncul naib juara dalam kejohanan US Kids Golf World Malaysia Championship 2012 - yang tertinggi dicatatkan oleh pemain Malaysia dalam kategori umurnya.

Zulaikah Nurziana Nasser (tengah) bersama ibu bapanya dan penggerak program Maybank Junior Golf Champions Academy.

Untuk itu Zulaikah telah dijemput menyertai US Kids Golf European Championship 2013 di Scotland.

Zulaikah berkata, dia rasa bertuah kerana berpeluang untuk menyertai program itu.

"Minat saya terhadap golf sejak dari usia muda lagi, dan kem latihan ini memang sangat membantu meningkatkan permainan saya.

"Saya sangat teruja untuk pergi ke Scotland untuk mencuba kemahiran baharu saya dan mewakili negara," katanya.

Keupayaan melahirkan pemain seperti Zulaikah yang berjaya mewakili negara ke Scotland bukan penamat kepada usaha Maybank.

Komitmennya untuk membangunkan sukan golf di negara ini tidak berakhir di situ.

Satu program sokongan ekstensif untuk pemain-pemain tersebut yang belum menjadi profesional menawarkan tempat untuk mereka beraksi di kejohanan profesional seperti Maybank Terbuka Malaysia.

Pada tahun ini, enam orang pemain amatur tempatan dipilih berdasarkan prestasi mereka pada Maybank Terbuka Malaysia - Kelayakan Junior.

Mereka termasuk Gavin Green yang muncul sebagai pemain amatur Malaysia yang pertama melepasi cut atau kelayakan dalam Maybank Terbuka Malaysia dalam tempoh 10 tahun.

Malah dia juga muncul sebagai pemain Malaysia yang terbaik dalam kejohanan itu tahun ini.

Sokongan Maybank terhadap sukan golf di negara ini turut membabitkan kejohanan sirkit tempatan di bawah naungan Profesional Golf Malaysia (PGM) seperti PGM Maybank Johor Masters dan PGM Maybank Tour Players Championship.

Dengan golf akan dipertandingkan di Sukan Olimpik 2016 di Brasil, Maybank akan meneruskan komitmennya membangunkan bakat-bakat golf tempatan demi melihat satu hari nanti pemain Malaysia akan berdiri bangga di atas podium.

Apabila sampai ke tahap itu, maka usaha Maybank menyokong pembangunan sukan golf di pelbagai peringkat di negara ini tentunya berbaloi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.