saya nak baca ..

GOLF


ARKIB : 10/01/2013

Jom cabar Mission Hills

Lubang 15 par-5 lapangan Olazabal Mission Hills yang menarik dihiasi bunker.

DIKELILINGI 12 lapangan golf 18 lubang yang semuanya bertaraf kejohanan di kawasan seluas lebih 20 kilometer persegi tentu akan membuatkan para kaki golf tidak senang duduk.

Kalau diikutkan hati, semuanya mahu dicuba, terutama di lapangan-lapangan yang pernah menjadi tuan rumah kepada kejohanan berprestij.

Itulah yang ditawarkan di Mission Hills Shenzen dan Dongguan yang menempatkan 12 lapangan golf yang menjadi kegilaan peminat sukan itu dari seluruh dunia.

Semua lapangan tersebut direka oleh nama-nama besar dalam dunia golf iaitu Jack Nicklaus, Vijay Singh, Jumbo Ozaki, Nick Faldo, Ernie Els, Zhang Liang Wei, Pete Dye, Annika Sorenstam, David Duval, David Leadbetter, Jose Marisa Olazabal dan Greg Norman.

Peluang beraksi di lapangan Olazabal, Mission Hills baru-baru ini sudah tentu merupakan kesempatan yang tidak mungkin dilepaskan. Malah ia ibarat mimpi yang jadi kenyataan.

Ini merupakan lapangan yang menjadi tuan rumah kepada kejohanan HSBC World Championship baru-baru yang menyaksikan kehadiran hampir semua pemain terbaik dunia.

Lapangan ini merupakan yang terbaik direka oleh pemain Sepanyol itu dan antara yang menjanjikan cabaran sengit kepada pemain.

Tanggapan pertama sebaik memijakkan kaki ke kotak tee pertama lapangan ini ialah ia adalah lapangan berbukit.

Tetapi itu bukan cabaran utamanya. Sebanyak 151 bunker dengan fairway yang beralun merupakan dua ciri utama yang menjadikan lapangan ini bertaraf kejohanan utama.

Bunker diletakkan di tempat-tempat yang strategik seolah-olah menunggu untuk menghukum pemain yang bercita-cita besar.

Ini sesuai dengan keupayaan Olazabal yang pakar dengan permainan bunker. Kedudukan bunker itu pula menjadi sebahagian daripada tarikan pada lapangan ini kerana daripada jauh ia menyediakan pemandangan yang menarik.

Bunker pula cukup dalam termasuk fairway bunker. Kadang-kadang memerlukan sand wegde untuk mengeluarkan bola dari fairway bunker.

Selain itu kawasan hutan semulajadi yang dikekalkan sebagai sebahagian daripada lapangan diiringi pula dengan aliran anak-anak sungai yang jernih menambahkan lagi kecantikan dan kesukaran beraksi di lapangan ini.

Kerana ciri-ciri yang ditawarkan itu maka lapangan Olazabal yang menjadi tuan rumah Omega Mission Hills World Cup pada 2007, 2008 dan 2009 turut digelar Olympics of Golf.

Berdiri di lubang pertama dengan kotak tee di atas bukit membuatkan pemain teruja melihat fairway menghijau di bawah dengan kawasan untuk mendaratkan bola yang luas.

Tetapi itu tidak bermakna ini lubang yang mudah, kerana pukulan kedua memerlukan ketepatan ekoran greennya dipagari bunker terutama di kanan.

Bagi yang beraksi dari kotak tee biru, jaraknya berbeza-beza. Sesetengah lubang jaraknya lebih 400 ela - sudah tentu mencabar. Ada pula yang sekitar 300 lebih ela yang memudahkan untuk dua kali pukul ke green.

Salah satu par limanya iaitu par-5 lubang 15 yang merupakan lubang signature mempunyain 24 bunker mengelilingi tasik.

Kedudukan bunker itu bukan sahaja menarik untuk dipandang tetapi cukup mencabar untuk dilepasi.

Lapangan Olazabal mempunyai lima par-3 dengan cabaran yang pelbagai.

Paling mencabar tentunya par-3 lubang 13 sejauh 219 dari kotak tee kejohanan. Lubang ini mempunyai green terbesar di lapangan ini tetapi terdapat satu bunker besar menanti di depannya.

Cabaran di lapangan Olazabal tidak akan terhenti selagi permainan belum selesai.

Par-4 lubang 18 sejauh 420 meter menanti untuk menghukum pemain yang sudah keletihan. Malah ini merupakan lubang penamat antara yang paling sukar di Mission Hills.

Dengan air di sepanjang sebelah kiri fairway hingga ke green, lubang ini sebenarnya membuatkan kita teruja untuk menguasainya tetapi realitinya ia menanti untuk menghukum.

Dengan berlatarbelakangkan rumah kelab dan hotel, ini merupakan penamat yang baik, di mana catatan par memang sesuatu yang cukup memuaskan.

Satu lagi perkara menarik tentang beraksi di Mission Hills ialah cuacanya yang dingin dan nyaman, lebih-lebih lagi jika beraksi pada bulan November hingga Februari. Sudah tentu satu lagi tarikan untuk beraksi di Mission Hill ialah iklimnya yang nyaman dan dingin terutama sekitar Oktober hingga Februari.

Dalam tempoh itu suhunya boleh turun hingga bawah 10 darjah Celsius dan suhu pada hari-hari biasa ialah sekitar 16 hingga 25 darjah Celsius.

Tetapi, jika berhasrat untuk beraksi di Mission Hill jangan pula anda keliru. Lapangan ini mempunyai tiga rumah kelab iaitu di Shenzen dan Dongguan dengan masing-masing lima lapangan dan satu lagi rumah kelab ialah Mid Valley. Setiap rumah kelab menyediakan kemudahan hotel dan apartmen untuk penginapan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.