saya nak baca ..

GOLF


ARKIB : 13/12/2012

Cabaran baru

Lapangan yang sesuai untuk semua peringkat pemain

air merupakan elemen utama di Palm Hill Golf Resort and Country Club, Bogor, Indonesia.

INDONESIA mungkin tidak mempunyai pemain ternama dalam sukan golf sama ada di peringkat dunia mahupun Asia.

Tetapi, negara itu menawarkan kemudahan dan lapangan golf yang pelbagai sebagai tarikan utama pelancongannya.

Bagi kaki golf di Malaysia misalnya, Indonesia merupakan antara destinasi yang wajib dikunjungi kerana pengalaman berbeza yang ditawarkan.

Ini disebabkan Indonesia menawarkan pilihan lapangan golf yang pelbagai. Sebab itu, bagi mereka yang selalu berkunjung dan beraksi di Indonesia, jangan hadkan dengan hanya bermain di lapangan yang sama dan di Jakarta sahaja.

Terokai lapangan lain yang pasti akan memberikan keterujaan yang berbeza terutama daripada segi cabaran dan pengalaman baru.

Di sekitar Jakarta sahaja terdapat lebih 30 lapangan golf dengan kualiti dan kemudahan bertaraf antarabangsa.

Salah satu daripadanya ialah Palm Hills Golf Resort and Country Club. Terletak di Bogor ia menggabungkan lapangan golf dengan sensitiviti alam sekitar.

Di kalangan penduduk tempatan Jakarta, cara sebutan lapangan ini ialah Palem yang direka untuk semua lapisan pemain.

Palm Hill menawarkan pengalaman unik dengan fairway beralunnya yang ada yang menuruni dan ada pula naik bukit selain kedudukan halangan berair di tempat-tempat strategik.

Direka oleh Max Wexler, lapangan 18 lubang par-72 ini sememang sesuai untuk semua peringkat pemain.

Seperti kebanyakan lapangan di kawasan Bogor, Palm Hill menawarkan pemandangan menarik berlatarbelakangkan Gunung Bogor.

Lapangan ini tidak panjang hanya 6,810 ela dan terletak di kaki gunung yang setinggi 1,500 meter itu.

Walaupun kedudukannya di kaki gunung, tetapi jangan bimbang kerana tidak ada kawasan berbukit dengan jurang dalam yang perlu dilepasi antara fairway dan greennya.

Elemen utama lapangan ini ialah air. Jeram dan sungai kecil merupakan halangan utama yang perlu dilepasi pada kebanyakan lubang.

Cuma terdapat satu jurang seluas 20 meter yang memisahkan lubang 10 hingga lubang 15 dengan lubang-lubang yang lain di lapangan itu.

Manakala di lubang tujuh, 11, 13 dan 15 pukulan tee off perlu melepasi air.

Pada lubang lima, tujuh, sembilan dan 18 pula, pemain bukan sahaja perlu melepasi air dari kotak tee, tetapi juga dari fairway ke green.

Fairway dan green pada lapangan ini menggunakan rumput jenis Bermuda yang dijaga rapi bagi memberikan kepuasan kepada pemain.

Walupun jika dilihat kepada reka bentuk lapangan yang ada gabungan bukit, hutan dan air yang pastinya menggerunkan mereka yang berhandikap, tetapi realitinya lapangan agak mesra pemain.

Terdapat sesetengah fairwaynya yang luas dan lurus yang sudah tentu menyedapkan mata memandang dan menenangkan fikiran ketika mahu melakukan tee off.

Tetapi, sudah tentu perlu berhati-hati terutama di lubang yang terdapat longkang atau anak sungai yang mengalir jernih.

Ini menyediakan pemandangan alam yang cantik, tetapi jika bola pukulan anda terbabas, sudah tentu akan mencacatkan catatan anda.

Tetapi catatan skor bukan matlamat utama apabila beraksi di lapangan di luar negara. Yang penting ialah merasai dan mengalami sendiri setiap cabaran yang terdapat biarpun kadang-kadang memeritkan, lebih-lebih apabila baru pertama kali beraksi di lapangan terbabit.

Disebabkan kualiti yang ditawarkan, lapangan ini telah dipilih sebagai tuan rumah kejohanan Golf Terbuka Wanita Indonesia 2012.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.