saya nak baca ..

GOLF


ARKIB : 19/11/2012

Lapor Po Tiger juarai WAITGC 2012

KUALA LUMPUR 11 Nov. - Pasukan Lapor Po Tigers dari Brunei muncul juara Grand Final Kejohanan Golf Amatur Antara Pasukan Dunia (WAITGC) yang berlangsung di Kelab Golf Diraja Perak (RPGCC) selama tiga hari bermula 8 hingga 10 November lalu.

Lapor Po Tigers yang dianggotai Seruji Setia, Pengeran Adam Pengeran Atan, Shahminan Damit dan Ali Rashid mengumpul 693 pukulan keseluruhan selepas mencatat 239, 230 dan 224 pukulan untuk dinobatkan gelaran juara kategori jumlah pukulan.

Sementara pasukan Camdencrunch dari Australia yang membariskan Darren Cummins, Rodney Allan, Michael Brislane dan Robert Zelesco muncul naib juara selepas membuat 243, 239 dan 227 pukulan untuk mengumpul 709 pukulan keseluruhan.

Satu lagi pasukan dari Australia, The Amphibians yang menampilkan Dennis Schultz, Greg Ellis, Peter Hawken dan David Hannah terpaksa berpuas hati di tempat ketiga selepas hanya mengumpul 241, 241 dan 231 pukulan dengan jumlah keseluruhan 713.

Bagi kategori stableford pula, dua pasukan dari Brunei iaitu Flyboys dan Anak Kedayan menguasai takta juara dan naib juara.

Mereka dimahkotakan gelaran juara selepas mencatat 113, 111 dan 99 mata dengan jumlah keseluruhan 323.

Flyboys yang dibarisi Simon Newn, Mohd. Rijal Kassim, Dullah Sitai dan Julian Kamaluddin mencatat 113, 111 dan 99 mata dengan jumlah keseluruhan 323.

Manakala pasukan Anak Kedayan yang menampilkan Shaiful Rizal, Yaakub Jumat, Khairul dan Momin Syawal mengumpul 105, 106 dan 108 dengan jumlah keseluruhan 319 mata.

Semua hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA), Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor.

Grand Final WAITGC kali ini disertai 31 pasukan dari tujuh buah negara seperti Australia, Brunei, Perancis, Filipina, Thailand, Singapura dan Malaysia selaku tuan rumah.

Kejohanan golf WAITGC yang diperkenalkan oleh Tourism Malaysia sejak tahun 1994 ini bakal diteruskan lagi pada tahun depan sebagai langkah memperhebatkan lagi promosi Malaysia sebagai salah satu destinasi golf antarabangsa. -UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.