saya nak baca ..

GOLF


ARKIB : 01/11/2012

Golf tarik pelancong

PENYERTAAN Tiger Woods pada kejohanan golf CIMB Asia Pasifik Klasik di Kuala Lumpur baru-baru ini membolehkan Malaysia menjadi tumpuan lebih 600 juta penonton televisyen di seluruh dunia, yang merupakan satu bentuk promosi berkesan kepada industri pelancongan negara terutama golf.

SUKAN golf sudah lama bertapak di Malaysia. Malah ada lapangan golf di negara yang sudah berusia hampir 100 tahun.

Begitu juga dengan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelacongan golf. Popularitinya makin berkembang dari setahun ke setahun.

Dengan pelbagai kemudahan yang berkaitan dengan golf di seluruh negara, sudah tentu cukup untuk menarik kehadiran kaki golf dari seluruh dunia, terutama yang mahukan pengalaman unik beraksi di negara ini.

Lagi pula percutian golf di Malaysia menawarkan pengalaman yang berbeza yang sukar untuk ditolak oleh mana-mana kaki golf.

Lapangan golf yang terdapat di Malaysia bertaraf dunia yang direka oleh nama-nama besar seperti Greg Norman, Jack Nicklaus, Peter Thomson, Arnold Palmer, Gary Player, Ronald Fream dan Robert Trent Jones Jr.

Mereka ini telah menampilkan persekitaran golf yang terbaik untuk dinikmati dengan elemen-elemen istimewa yang merupakan sentuhan peribadi masing-masing.

Pada masa ini terdapat 207 kemudahan golf di seluruh negara. Pilih mana yang sesuai, sama ada lapangan pendek dengan hanya sembilan lubang atau kompleks lapangan dengan 54 lubang.

Lokasinya pula boleh ikut cita rasa masing-masing. Sama ada beraksi dalam kedinginan hawa pergunungan, ditepi pantai sambil dibuai alunan ombak, juga boleh memilih lapangan di tengah-tengah kesibukan kota atau di keheningan serta kehijauan rimba belantara.

Antara lapangan yang menawarkan pengalaman yang mungkin sukar dilupakan ialah Royal Selangor Golf Club di Kuala Lumpur; Kota Permai Golf and Country Club, Glenmarie Golf and Country Club, Sultan Abdul Aziz Shah Golf Club, and Saujana Golf and Country Club di Selangor; Gunung Raya Golf Resort di Langkawi, Clearwater Sanctuary Golf Resort di Perak, Sutera Harbour Golf and Country Club di Sabah serta Kelab Golf Sarawak.

Melaka dan Negeri Sembilan juga menawarkan kemudahan lapangan golf yang tidak kurang hebatnya.

Dengan kedudukan kedua-dua negeri itu yang agak berhampiran dengan ibu negara, Kuala Lumpur, akan memudahkan pelancong berkunjung dan beraksi di sana.

Di utara Semenanjung Malaysia pula, Kedah dan Pulau Pinang turut menawarkan percutian golf istimewa lengkap dengan kemudahan penginapan yang menarik.

Ini ditambah pula dengan kemudahan jalan dan lebuh raya serta pengangkutan antara bandar-bandar utama yang cukup berkesan, akan memudahkan para peminat golf untuk menikmati aksi di lapangan terbaik yang terdapat di Malaysia.

Bagi para penggemar golf di serata dunia, lapangan di Malaysia bukan sahaja menarik dan mencabar tetapi dilengkapi dengan kemudahan yang mencapai standard antarabangsa.

Selain itu, turut disokong oleh pelbagai rangkaian hotel dan resort mewah serta eksklusif, selain iklim yang membolehkan kaki golf beraksi sepanjang tahun.

Penganjuran kejohanan golf bertaraf dunia seperti Maybank Terbuka Malaysia, CIMB Asia Pasifik Klasik dan Terbuka Iskandar Johor juga membantu mempromosikan sukan golf di negara ini.

Kehadiran bekas pemain golf nombor satu dunia, Tiger Woods ke kejohanan CIMB Asia Pasifik Klasik baru-baru ini misalnya berjaya mendedahkan Malaysia kepada 600 juta peminat golf di seluruh dunia.

Angka itu tidak mungkin dapat dicapai melalui kaedah iklan konvensional melalui media massa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.