saya nak baca ..

GOLF


ARKIB : 19/07/2012

WAITGC promosi Malaysia

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Dr. James Dawos Mamit (tengah) dan Presiden GCMAM, Ron Muslim (tiga dari kiri) bersama para pemenang WAITGC pada pusingan di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

PELANCONGAN merupakan antara penyumbang utama kepada pendapatan negara. Sebab itu setiap sumber yang terdapat di negara ini akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi menarik kedatangan pelancong.

Dari pulau-pulau dengan pantai yang indah, hutan belantara yang belum tercemar, gunung-ganang yang memukau serta lautan yang kaya dengan pelbagai khazanah semuanya merupakan aset untuk pelancongan negara.

Begitu juga tarikan di bandar-bandar utama yang merupakan syurga membeli-belah selain kampung-kampung tradisi yang menawarkan keunikan tersendiri.

Dengan semua tarikan dan keunikan yang ada ditambah pula dengan promosi oleh Kementerian Pelancongan terutama menerusi Tourism Malaysia, kedatangan pelancongan telah meningkat setiap tahun.

Pada tahun lalu negara mencatat kedatangan 24.7 juta pelancong dari seluruh dunia. Daripada jumlah pelancong yang hadir itu telah menyumbangkan RM58.3 bilion kepada pendapatan negara.

Usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan tidak terhenti setakat itu itu sahaja.

Ia dilakukan secara berterusan termasuk memperkenalkan tarikan baru. Salah satu daripadanya ialah melalui sukan golf.

Untuk itu Tourisme Malaysia sejak tahun 1994 telah memperkenalkan Kejohanan Golf Amatur Antara Pasukan Dunia (WAITGC) bagi memperkenalkan Malaysia sebagai salah satu destinasi golf antarabangsa.

Mungkin ada yang memandang remeh sumbangan golf dalam menarik kehadiran pelancong, namun realitinya sukan ini mampu menarik kedatangan pelancongan yang berkualiti.

Menurut Zulkifli Said, sejak diperkenalkan pada 1994 hingga kini sebanyak 500 pasukan dari seluruh dunia telah menyertai WAITGC.

Setiap tahun pasukan yang berbeza akan mengambil bahagian dan apabila pulang mereka akan membantu mempromosikan kemudahan golf yang terdapat di negara ini.

Malah golf wajar dijadikan salah satu elemen utama dalam industri pelancongan Malaysia kerana diseluruh negara terdapat kira-kira 200 lapangan golf.

Para peminat golf dunia yang datang ke negara ini boleh memilih lapangan mana mereka mahu bermain. Mereka boleh pilih untuk bermain sama ada di tepi laut, di puncak gunung, di dalam hutan atau di tengah-tengah kota raya.

Menurut Zulkifli, setiap tahun Malaysia menawarkan 13 juta slot untuk aktiviti golf. Jika satu perempat daripada slot itu diisi oleh pelancong asing dan dengan anggaran mereka membelanjakan RM1,000 setiap kali bermain, maka negara sudah mampu menjana RM3.2 bilion setahun hanya melalui golf.

Lagi pula kata Zulkifli, mereka yang datang bermain golf sama ada yang menyertai WAITGC atau sebaliknya akan turut membawa keluarga bersama-sama.

Ini bermakna perbelanjaan mereka jauh lebih besar.

Langkah itu juga katanya, selari dengan usaha kerajaan dan pihak swasta yang menganjurkan pelbagai kejohanan golf berprestij setiap tahun dengan jumlah keseluruhan wang kemenangan yang ditawarkan melebihi AS$10 juta.

Sekurang-kurangnya terdapat empat kejohanan golf utama di Malaysia yang setiap tahun berjaya menarik kehadiran nama-nama besar dalam dunia golf iaitu Maybank Terbuka Malaysia, Sime Darby LPGA Malaysia, CIMB Asia Pasifik Klasik dan Terbuka Iskandar Johor (IJO).

Sebab itu WAITGC yang dikendalikan oleh Persatuan Pengurus Kelab Golf Malaysia (GCMAM) merupakan antara platform terbaik dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi golf dunia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.