FORUM
ARKIB : 25/09/2014
Rakyat mahu yang terbaik
BAJET yang akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia pada sidang Parlimen tidak lama lagi ini sudah pasti mendebarkan rakyat.
Rakyat mengharapkan yang terbaik untuk meringankan beban memandangkan senario kenaikan harga barang dan gaji yang tidak setimpal dan tidak lagi mampu untuk mengatasi batasan kemelut di antara pendapatan dan perbelanjaan seseorang atau individu yang bergaji rendah.
Bayangkan seseorang yang berpendapatan kurang dari RM1,500 tinggal di bandar-bandar besar yang sewa rumahnya sudah tentu mahal serta perlu fikirkan pula tentang tambang pengangkutan harian untuk ke tempat kerja dan perbelanjaan keluarga termasuk tambang anak-anak ke sekolah.
Mohon budi bicara Menteri Kewangan menaikkan gaji pekerja sektor awam dan diberikan garis panduan untuk skim gaji bagi pekerja sektor swasta agar seimbang di antara pendapatan dengan perbelanjaan.
Ia sekurang-kurangnya dapat menampung tanggungan sesebuah keluarga itu dengan sempurna sejajar dengan sebuah negara yang akan menjadi sebuah negara maju dalam hanya beberapa tahun lagi.
Kita tidak mahu melihat hanya negara sahaja tampak maju dan makmur tetapi kehidupan rakyat masih belum berubah malahan bertambah sempit.
Sebagai iktibar dan contoh yang terbaik di negara-negara yang telah mencapai sebagai kemajuan, rakyatnya menikmati segala kemudahan dan hidup bergaya dengan membolehkan mereka bukan sahaja merasa selesa dengan kenikmatan hidup harian tetapi juga ramai mampu melancong keluar negara setiap kali musim cuti.
Hospital, sekolah dan tempat rekreasi di negara-negara maju memberikan layanan bertaraf bintang kepada rakyatnya. Begitu juga warga emas diberikan keistimewaan dan keutamaan di dalam kehidupan harian mereka.
Walau apa pun, diharapkan kerajaan memansuhkan cukai termasuk susu tepung import dan lampin bayi kerana harga setin susu yang sederhana besarnya itu sudah mencecah hampir RM100 setin yang hanya mampu bertahan untuk seminggu untuk bayi menyusu.
SYED ABDULLAH
SYED OSMAN JAMALULLAIL
Ampangan Seremban
Malangnya nasib bahasa Melayu di Malaysia
Panggil balik Exora Bold CFE dan Standard
Setuju stesen televisyen jadi bakul sampah
Cadang cuti raya korban dua hari
Kakitangan awam keluar minum pagi
Perkasa Pendidikan prasekolah
Perangi rasuah dalam agensi kerajaan
Jenayah ragut: Apa kesudahannya?
Harga rumah terus meningkat
Jangan takut ceburi dunia keusahawanan
SPA beri peluang kedua duduki peperiksaan
Hubungi PTPTN untuk atasi masalah
Lif Stesen KTM Kajang rosak
Kecewa dengan perkhidmatan HKL
Isteri pikul tanggungjawab sara keluarga?
Kakitangan kontrak sektor awam mohon agar tidak disisih ke jawatan tetap
Hospital Kulim siasat aduan pembaca
TNB beri notis potong
Nasib pelajar lelaki ke IPTA
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












