saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 02/09/2014

Kecewa tidak peroleh diskaun PTPTN

Saya ingin meluahkan perasaan kecewa saya terhadap PTPTN kerana tidak meluluskan pemberian diskaun 10 peratus ini.

Untuk pengetahuan saya menggunakan kaedah pemotongan gaji setiap bulan.

Hal ini diuruskan oleh majikan dan melalui LHDN.

Malangnya apabila dilihat pada penyata tahun 2013, bulan September 2013 tidak dipotong tetapi terdapat potongan 2 kali pada bulan November 2013.

Hal ini sebenarnya sudah pun mencukupi 12 bulan potongan kerana bulan-bulan lain pemotongan adalah mengikut jadual.

Masalahnya, apabila saya menelefon PTPTN, mereka menyatakan bahawa hanya kerana bulan September tidak dipotong, maka saya tidak layak untuk diskaun dan harus bertanyakan kepada majikan.

Untuk pengetahuan, slip gaji saya pada setiap bulan akan ada pemotongan PTPTN.

Apabila saya menelefon majikan, mereka menyatakan bahawa LHDN telah menghilangkan cek tersebut dan harus membuat cek baharu yang menyebabkan pemotongan agak lewat.

Apa yang saya kesalkan adalah sikap lepas tangan semua pihak yang terlibat menyebabkan orang lain teraniaya.

Saya berharap pihak yang berkenaan dapat menyelesaikan masalah ini dan tidak hanya menyuruh saya menelefon pihak itu dan pihak ini tetapi masalah tidak juga selesai.

TERANIAYA

Penang

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.