saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 02/09/2014

Dollah Salleh pemilihan yang tepat

MEMANG tepat pada waktu dan ketikanya FAM memilih Dollah Salleh sebagai ketua jurulatih skuad bola sepak negara yang dikenali dengan nama Harimau Malaya.

Saya seorang pemain bola sepak dan sehingga hari ini masih meminati permainan bola sepak walaupun telah berada dalam golongan warga emas dan mengikuti perkembangan semasa bola sepak di Malaysia.

Saya begitu teruja dengan pemilihan Dollah Salleh sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak negara oleh pihak FAM.

Dengan penuh kepercayaan beliau mampu membuat perubahan dan kejayaan pasukan bola sepak negara.

Apa yang diharapkan di sini semasa beliau menjalankan tugas sebagai ketua jurulatih, janganlah ada pihak-pihak tertentu mencampuri dalam urusan tugasnya sebagai ketua jurulatih kerana ia akan menganggu perancangan dan taktik permainan yang ada pada pemikiran beliau.

Di samping itu adalah menjadi harapan sebagai ketua jurulatih dapat memilih pemain yang betul-betul berbakat dengan tidak mengambil pemain secara tangkap muat atau mana yang sempat sahaja.

Dengan pemilihan pemain yang betul berbakat, fizikal dan mental yang sempurna, pastinya akan membawa kejayaan pasukan bola sepak negara.

Akhirnya apa yang penting semua pihak yang terlibat dengan kerjaya bola sepak dapat memberikan kerjasama dan pandangan yang te baik demi kemajuan bola sepak tanah air.

YAHU

Batu Caves, Selangor

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.