saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 15/10/2014

Duta wangian Avon

PRESIDEN Avon Malaysia, Wan Mansoor Wan Abdullah bersalaman dengan Fathia yang menjadi duta baharu Avon.

Jenama kecantikan wanita popular tanah air, Avon memperkenalkan duta baharu bagi rangkaian harumannya baru-baru ini.

Perlantikan tersebut iaitu pelakon yang sedang meningkat naik menerusi drama Ariana Ross, Nur Fathia Abdul Latiff, 26, berikutan personaliti ceria dan segar yang dimilikinya.

Ketua Pemasaran Komersial, Avon Cosmetics (M) Sdn. Bhd, Aspalin Sirat berkata, pelantikan Fathia selaku duta bagi rangkaian haruman Avon sekali gus untuk memperkenalkan beberapa haruman terbaharu yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan.

“Fathia merupakan ikon baru dalam dunia seni yang memiliki personaliti dan perwatakan yang memikat hati

“Pemilihannya juga selari dengan perkembangan generasi baru yang gemarkan gaya segar dan ceria yang kebanyakan mereka juga adalah remaja dan anak-anak muda

“Fathia selaku duta baharu bagi keseluruhan rangkaian haruman Avon yang kesemuanya berjumlah lebih 35 jenis dan 90 peratus daripadanya adalah haruman untuk wanita," katanya.

Tambahnya lagi, kesemua rangkaian produk dihasilkan melalui inspirasi dari New York yang juga mempunyai beberapa kilang penghasilannya di China dan Filipina.

“Keseluruhan produk ini direka dengan kualiti yang baik, tidak mendatangkan kemudaratan dan selamat digunakan oleh semua peringkat umur dan lapisan masyarakat.

“Avon juga antara jenama yang dikenali berikutan rangkaian yang melebihi 100 negara di seluruh dunia.

“Harga setiap produk dan koleksi wangian berpatutan bermula dari RM 60 dan serendah RM20," katanya.

Tambah Aspalin lagi, kontrak selama setahun bersama Fathia akan menampilkan pelakon itu sebagai model sekaligus memaparkan wajahnya dalam katalog Avon dan papan iklan.

“Bermula awal tahun depan, wajahnya juga akan berada di tiga majalah utama yang terkenal di Malaysia.

“Dengan pelantikan duta baharu ini pihak Avon berharap dapat meningkatkan jualan sekurang nya melebihi jualan di pasaran pada masa ini," ujarnya.

Bagi Fathia pula, dia mengakui sangat teruja dan gembira kerana dipilih sebagai duta bagi Avon.

“Sejak remaja saya menggunakan wangian dari Avon. Wangian yang menjadi kegemaran adalah Far Away yang juga antara produk terlaris di pasaran.

“Apabila terpilih sebagai duta seolah impian yang pernah diimpikan selama ini untuk menjadi model dalam katalog Avon telah dimakbulkan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.