saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 15/10/2014

Inspirasi klasik moden

Sandal tapak rata memberi gaya kontras pada musim sejuk ini.

Tempias daripada anugerah empat musim di Barat, dirasai dalam bentuk rekaan-rekaan terbaharu oleh penggemar fesyen di negara ini.

Kemunculan setiap musim baharu akan diiringi dengan rekaan-rekaan terkini daripada pakaian hingga kepada beg, kasut dan akseseori lain.

Sempena musim sejuk yang mendatang ini, jenama kasut dan beg terkenal, Charles & Keith mengadun inspirasi lama bagi menghasilkan idea baharu melalui imbasan kembali perjalanan merentasi masa yang nampak lebih futuristik.

Mengetengahkan elemen kayu dan perincian emas, tekstur marmar yang digabungkan bersama nada-nada alam, mewujudkan cita rasa klasik tetapi dalam masa yang sama mampu menampilkan ciri-ciri kedesaan.

Gabungan seni geometri warna menutup garis dalam nada monokrom dan pop warna lalu menghasilkan simetri D’Orsay, but bertumit segi tiga serta beg genggam (clutch ) berpaten dengan cita rasa kontras urban.

Lambang kesempurnaan Charles & Keith pula diterjemahkan melalui koleksi kasut yang kebanyakannya menggunakan warna-warna asas bagi mendekatkan pemakai dengan unsur semula jadi di sekeliling mereka.

Walaupun lebih banyak nada klasik yang dicuba, ternyata jenama asal Singapura ini, bijak menarik hati orang muda dengan menambahkan elemen sporty dalam sandalnya.

Tema supersonik memberikan perasaan lebih hangat ketika digayakan seolah-olah terdapat satu kuasa yang membawa semangat tersebut.

Bagi yang berjiwa feminin tetapi mahukan imej yang lebih lasak, penggunaan warna metalik pada kasut pumps dan beg silang mungkin sesuai untuk mereka, bagi menggambarkan keadaan dan suasana moden.

Ia umpama tarikan kepada peminat koleksi ini kerana keseimbangan maskulin dan feminin yang dibawakan mereka sehingga mampu memberi keyakinan.

Bagi menyempurnakan penampilan, sudah tentunya padanan akseseori yang pilihannya umpama gaya feminin bertemu klasik dengan gelang, rantai pinggang dan cuffs dengan tekstur kulit dan bulu kuda.

Koleksi musim sejuk Charles & Keith ini juga tampil dengan himpunan kasut equestrian, tumit baji (wedges) but paras lutut, kasut tapak rata dan banyak lagi.

Bagi koleksi beg, selain clutch turut dibawakan beg taling panjang, tote dan beg tangkai pendek. - NURSYAMIMI SAIDI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.