saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 15/10/2014

Berkorban demi ibu

Noor Aslinda Miswari

PENGORBANAN mempunyai erti yang cukup meluas tidak sekadar berupa tenaga dan wang ringgi, bahkan masa, perasaan dan sebagainya.

Setiap pengorbanan itu mempunyai pengertian dan kisah tersendiri. Walaupun kadang kala perit untuk melakukannya, tetapi perlu melakukannya demi orang yang disayangi.

Personaliti minggu ini, Noor Aslinda Miswari, 27, juga pernah melalui fasa pengorbanan dalam hidupnya.

Walaupun dia tidak menganggapnya sebagai pengorbanan sebaliknya lebih kepada tanggungjawab, hakikatnya dua perkara yang sama.

Jika kebanyakan anak muda lain memilih untuk berehat seketika sebaik menamatkan pengajian di universiti sebelum mencari kerja, kelebihan tersebut bukan milik Azlinda.

Bahkan Anak kedua daripada tiga beradik ini berkata, sudah mula sibuk mencari kerja ketika di semester akhir pengajian Diploma Pentadbiran Perniagaan di Kolej Islam Antarabangsa, Gombak, Selangor.

Menggunakan keputusan peperiksaan yang ada, dia telah diterima untuk bekerja di sebuah bank tempatan.

Tidak terikirkan untuk berehat setelah menamatkan pengajian seperti yang dilakukan oleh kawan-kawannya, bagi Aslinda, dia perlu bekerja secepat mungkin dan tidak boleh membuang masa.

Berehat dan bermalas-malas di rumah bermakna tiada duit, sedangkan duit begitu penting bagi keluarganya.

Niat di hati untuk menyambung pengajian hingga ke peringkat ijazah juga terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu kerana apa yang penting mengumpul wang bagi perbelanjaan perubatan ibunya.

“Ibu menghidap sakit buah pinggang, adik pula sedang belajar. Ayah bekerja biasa-biasa sahaja dengan pendapatan yang hanya cukup untuk menampung perbelanjaan rumah dan makan minum, sedangkan kos perubatan ibu tinggi. Dalam seminggu ibu perlu melakukan tiga kali rawatan dialisis dan setiap kali rawatan menelan belanja hampir RM300.

“Sudah lima tahun ibu sakit dan sakit ibu bertambah teruk semasa saya berada di semester akhir. Saya memang risau sangat melihat ibu yang semakin lemah dan tidak berdaya.

“Oleh kerana kos yang tinggi ini dan harapan ayah serta ibu hanya pada saya, maka saya akur. Biarlah saya bekerja asalkan ibu mendapat rawatan yang sewajarnya.

“Saya tidak pernah menyesal malah reda walaupun terpaksa menangguhkan niat menyambung pelajaran. Selagi saya boleh berusaha, akan saya lakukan demi membalas jasa ibu membesarkan saya selama ini.

“Bagaimanapun Allah lebih menyayangi ibu. Kini sudah empat tahun ibu meninggal dunia. Walaupun amat sedih kehilangan ibu, saya tetap bersyukur kerana diberi peluang berbakti kepada ibu dan dapat memberikan rawatan yang sempurna kepadanya," kata Aslinda yang kini bertugas sebagai eksekutif di sebuah bank.

Berasal dari Johor Bahru, dia kini sedang dalam proses untuk meneruskan cita-citanya menyambung pengajian ke peringkat ijazah.

Aslinda juga cukup berpuas hati kerana adiknya juga sekarang sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UITM).

Model butik pengantin

Pembabitan Aslinda dalam bidang peragaan muncul secara tidak sengaja. Hanya mahu menolong seorang kawan yang memiliki butik pengantin yang memintanya untuk menjadi model, Aslinda kini dikenali ramai.

Memiliki wajah seiras Fasha Sandha pada sudut tertentu, wajah Aslinda sering muncul di akhbar dan majalah memperagakan fesyen pakaian pengantin, pakaian muslimah atau model solekan.

“Saya bermula dalam bidang peragaan sejak tahun 2011. Walaupun baru tiga tahun, saya banyak belajar mengenai gaya memperaga fesyen dan mempunyai ramai kawan yang terdiri daripada jurusolek dan pemilik butik.

“Saya juga pernah menjadi model untuk klip video penyanyi Mojo dan catwalk di pertunjukan fesyen anjuran Persatuan Pereka Fesyen Bumiputera (BDA).

“Bermula dengan suka-suka dan hanya mahu mengisi masa lapang, saya rasa bidang ini yang hanya dibuat secara sambilan, boleh menambah pendapatan. Setidak-tidaknya boleh juga digunakan untuk membeli mekap.

“Walaupun sekarang sudah berkahwin, suami tidak melarang. Tugas peragaan fesyen saya lakukan pada hujung minggu dan tidak mengganggu tugas di pejabat.

“Suami juga memahami kerana kami berkenalan pun semasa saya menjadi model dan dia sebagai jurugambar," ujar Aslinda yang mendirikan rumahtangga dengan Mohd. Shahriz Pakiman awal tahun ini.

Pernah menggayakan pakaian daripada beberapa butik seperti Rizky by Sposa, Zamrimat dan Salikin Sidek, dia amat mengkagumi model terkenal tanah air, iaitu Tengku Azura.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.