saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 04/10/2014

Entri vaksin Pneumokokal paling digemari

GEMAR bercerita dan berkongsi maklumat menggalakkan Umi Qi untuk menghasilkan blog Julia Johari.

GEMAR berkongsi maklumat dan bercerita menggalakkan pemilik blog Julia Johari iaitu Julia Mohd. Johari untuk menulis sebuah blog.

Menghasilkan entri-entri seperti ulasan makanan, produk, kisah percutian dan kempen kesedaran, Julia yang lebih dikenali sebagai Umi Qi akan memuat naik entri dari semasa ke semasa untuk pengikut mengikuti perkembangannya. Selain itu, entri-entrinya juga dijadikan sebagai bahan maklumat untuk bacaan pengguna internet.

Menurut ibu kepada Qaiser Ilman Habibullah berusia dua tahun itu, penglibatan awal dalam blog adalah secara tidak sengaja pada tahun 2012.

"Setiap teman memiliki blog. Ketika itu, saya tertarik melihat kehangatan berblogging di kalangan mereka.

"Saya pula orang yang gemar bercerita dan berkongsi maklumat. Begitu mudah untuk menghasilkan sebuah laman blog menggalakkan saya untuk mencapaikan hajat diri," katanya ketika ditemuramah .com di Taman Herba, Bukit Perdana di ibu negara baru-baru ini.

Ujar isteri kepada Habibullah Radzali, setelah dua tahun berkecimpung dalam blog, Julia Johari yang boleh diakses di www.juliajohari.com kini telah dilawati sebanyak 13,270 pelawat.

Bukan itu sahaja, Umi Qi juga dilihat bijak menghargai pengikutnya apabila membuat satu kolum untuk menyenaraikan 10 kaki komen terbanyak Julia Johari. - DHIYA'ZULHILMI DAUD / ABDUL RAZAK LATIF

Vaksin Pneumokokal

Setiap blogger pasti memiliki entri yang dijadikan sebagai fokus utama untuk menarik minat pengikutnya.

Begitu juga Umi Qi yang menggemari entri mengenai kepentingan suntikan vaksin di kalangan kanak-kanak.

Ujar wanita yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerbitan di Parlimen Malaysia itu, idea untuk menjadikan entri-entri berkisar kesihatan tersebut bermula sewaktu dia dijemput oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menjayakan sesi fotografi bagi kempen mereka.

"Saya mula sedar imunisasi awal dipanggil sebagai vaksin Pneumokokal selepas ke sesi fotografi oleh ‘Parenting2u' iaitu NGO bertanggungjawab memperjuangkan pendidikan tersebut. Kesemua ibu bapa yang berkongsi kisah sedih mempunyai anak-anak berusia kurang lima tahun.

"Puncanya, sistem imun yang didapati lemah. Kebanyakan anak-anak mereka meninggal dunia selepas seminggu disahkan diserang bakteria tersebut," katanya lagi.

Beritahunya, dia berasa bertanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa muda mengenai kepentingan suntikan vaksin terhadap anak melalui blog. Blog adalah pilihan terbaik untuk menyampaikan mesej itu kerana rata-rata pembacanya adalah golongan tersebut.

Tambahnya, dia bersama suami telah mengambil langkah awal dengan memberi suntikan vaksin Konjugat Pneumokokal 13 Valen (PCV13) kepada anak lelakinya sebagai galakan kepada ibu bapa lain.

Bagaimanapun, ia terpulang kepada ibu bapa sama ada memilih kaedah rawatan moden seperti memberi suntikan vaksin ataupun mengamalkan pelbagai alternatif lain dalam melindungi anak-anak kerana mereka jauh lebih memahaminya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.