saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 04/10/2014

Transformasi kaftan

Kaftan polos yang dihadirkan bersama tona warna ceria dan aksesori tambahan menjadikan busana ini lebih eksklusif.

Jika dahulu busana kaftan sinonim dengan baju tidur, tetapi kini seiring perubahan zaman dan perkembangan dalam dunia fesyen, ia telah melalui pelbagai transformasi dan menjadi salah satu busana kontemporari yang boleh digayakan oleh semua golongan wanita.

Potongan baju yang longgar dan diperbuat daripada fabrik lembut memberikan keselesaan sepenuhnya kepada sesiapa yang memakai. Ini merupakan salah satu sebab utama mengapa ia menjadi pilihan para wanita.

Selain daripada itu, kaftan juga memenuhi kehendak penggemar busana muslimah apabila rekaannya yang longgar, tidak mengikut bentuk tubuh badan dan dalam masa yang sama ia juga mengikut trend semasa.

Durrah Exclusive merupakan salah satu busana kaftan yang diilhamkan oleh pereka muda di bawah jenama Yaya Rosly menampilkan koleksi kaftan berwarna ceria dengan gaya moden serta dihadirkan bersama aksesori sebagai pelengkap bagi wanita yang berani bergaya.

Menggunakan kain polos iaitu sutera crepe yang diimport khas, busana ini pastinya amat selesa dipakai kerana menggunakan material kain yang sejuk ditambah lagi dengan potongan longgar dan kemas.

Walaupun rekaannya ringkas, namun perekanya bijak memadankan kaftan ini dengan aksesori tambahan iaitu rantai dan gelang bagi menonjolkan lagi busana ini. Apa yang lebih menarik, aksesori tersebut ditempah khas dari luar bagi menjadikannya lebih eksklusif.

Menurut perekanya, Yaya Rosly, kaftan yang dihasilkan olehnya boleh didapati dalam pelbagai saiz bermula saiz XS hingga XL dengan harga serendah RM 280.

"Koleksi Durrah Exclusif ini merupakan sebuah busana yang bercirikan muslimah dan bersesuaian dengan peredaran zaman namun masih mengekalkan ciri-ciri kesopanan dan ketimuran.

"Pilihan warna-warna ceria juga dapat memenuhi kehendak remaja kerana kebanyakan beranggapan kaftan hanya sesuai dipakai oleh golongan dewasa. Oleh sebab itu warna memainkan peranan penting agar ia lebih dekat dengan jiwa muda," katanya.

Apa yang penting, busana kaftan kini telah diangkat sebagai persalinan eksklusif yang boleh digayakan untuk sebarang majlis termasuklah majlis formal yang memerlukan seseorang wanita tampil anggun bergaya.

Evolusi busana kaftan juga berjaya memenuhi kriteria fesyen bagi wanita bertudung atau tidak untuk tampil elegan seterusnya menjadi idaman ramai terutama peminat fesyen. - FATIEHAH

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.