saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 04/10/2014

Senyuman pesakit, kepuasan Dr. Elvindra

ELVINDRA KAUR

MINATNYA dalam bidang seni hinggakan masa terluangnya banyak diisi dengan aktiviti melukis dan membaca.

Biar pun begitu, kerjaya Elvindra Kaur adalah seorang doktor gigi. Ditanya mengenai hal berkenaan kepada gadis manis bertubuh kecil itu, jawapannya mudah, kehidupan manusia sendiri adalah suatu seni.

Mengakui dirinya seorang pencinta seni, anak kelahiran Kuantan itu mula berkhidmat sebagai pegawai pergigian sejak tahun 2011 selepas menamatkan pengajian di Manipal University, India.

Kini bertugas di Polikilinik Komuniti Beserah, Kuantan, anak sulung daripada tiga adik-beradik itu lebih selesa mengajak berbual mengenai kerjayanya sebagai seorang doktor gigi.

Dilahirkan pada Januari 1985, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (Perempuan) Kuantan itu yang sekali pandang mempunyai raut wajah manis persis gadis Melayu, tidak kekok bergaul dengan pesakit pelbagai kaum.

Ini termasuk pengalaman bertugas di Rompin yang menuntutnya untuk berkhidmat kepada penduduk di luar bandar termasuk masyarakat Orang Asli.

Menurut beliau, bagi masyarakat di luar bandar, mereka perlu lebih banyak diberi pendedahan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mulut dan gigi yang turut berkait rapat penampilan serta keyakinan diri.

"Bukan tunggu sakit baru jumpa doktor gigi. Itu yang kita masih banyak perlu beri penekanan kepada penduduk di luar bandar.

"Justeru, sebagai doktor gigi, menjadi tugas kami untuk mendidik masyarakat agar mereka mempunyai kesedaran seterusnya sedikit sebanyak ilmu dalam perkara ini," katanya.

Sewaktu ditemui ketika terlibat menjayakan Hari Kesihatan Pergigian peringkat negeri yang berlangsung di sebuah pusat beli-belah di Kuantan baru-baru ini, Dr. Elvindra mengakui bertugas di bandar turut mempunyai cabaran yang tersendiri.

Katanya, jangkaan daripada pesakit juga tinggi untuk mendapatkan rawatan terbaik di samping penduduk bandar lebih peka dengan perkembangan dalam kaedah rawatan pergigian.

Mengenai tugas sebagai seorang doktor gigi, Dr. Elvindra berkata, setiap profesion mempunyai cabaran dan pada masa sama menjanjikan kepuasan tersendiri.

"Biar pun waktu tugas kami secara umumnya adalah waktu pejabat tetapi ada ketikanya kami juga perlu bersedia untuk ‘on-call' kerana khidmat kami diperlukan dalam kes-kes tertentu seperti kemalangan.

"Dari segi kepuasan kerja bagi doktor gigi sudah tentu melihat pesakit meninggalkan bilik rawatan dengan senyuman. Sedangkan sebelum itu ada yang datang muka berkerut menahan kesakitan," ujarnya tertawa kecil.

Berbual mengenai kos rawatan pergigian swasta yang ada kalanya menimbulkan persepsi masyarakat bahawa kerjaya seorang doktor gigi mampu memberi pendapatan lumayan, Dr. Elvindra sambil tersenyum berkata, ramai yang silap faham.

Dalam nada penuh tertib, beliau menjelaskan, kos rawatan dalam bidang kesihatan adalah tinggi kerana peralatan dan teknologi digunakan dan ini tidak terkecuali untuk rawatan pergigian.

"Sebab itu, kemudahan disediakan Kementerian Kesihatan untuk memberi perkhidmatan kepada seluruh masyarakat. Malah kerajaan turut menyediakan klinik pergigian bergerak, jadi manfaatkan kemudahan ini," katanya yang mempunyai impian untuk melanjutkan pengajian.

Sebelum mengahiri perbualan, ditanya mengenai makanan kegemarannya, Dr. Elvindra menggemari makanan tradisi rakyat negara ini namun pada masa sama sempat menitipkan nasihat ‘penjagaan kesihatan adalah penting'.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.