saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 04/10/2014

Kelebihan jubah fabrik Dubai

WARNA merah jambu dipadankan dengan tudung senada.

ABAYA, jubah moden dan dres, ketiga-tiganya mempunyai rekaan dan potongan yang seakan-akan sama. Abaya dan jubah yang digayakan oleh wanita Arab berpotongan longgar namun apabila disesuaikan dengan fesyen wanita negara ini, abaya dan jubah telah dipermodenkan dan tidak longgar. Ia nampak berpotongan namun masih selesa dan sopan digayakan oleh golongan muslimah.

Wanita Malaysia terutamanya yang bertudung semakin menyukai memakai abaya, jubah moden atau dres. Ia merupakan pakaian yang selesa dan ramai yang memilih untuk memakai fesyen sebegini sama ada ke pejabat atau ke tempat-tempat lain. Keselesaan fesyen ini turut bergantung kepada pemilihan fabrik yang digunakan.

Elana Trading, butik dalam talian yang dimiliki oleh Norafzan Abdul Rahman dan Ismail Hamdun, memilih abaya, jubah moden atau dres bagi pelanggan yang mahukan keselesaan daripada fesyen tersebut. Longgar, berpotongan kembang payung pada bahagian bawah dres dan harga berpatutan menjadi kriteria bagi setiap hasil rekaan.

Terdapat dua potongan abaya, iaitu potongan puteri dan potongan A. Potongan puteri amat selesa kerana kembang dan cantik dipakai terutamanya oleh wanita yang bertubuh tinggi lampai. Potongan A pula sesuai bagi wanita yang berukuran besar di bahagian dada dan pinggul.

Keistimewaan pakaian daripada Elana Trading ialah butik ini menggunakan fabrik yang dibeli daripada Dubai, iaitu satin heavy dull. Fabrik ini nampak berkilat, berat namun lembut, cantik, terasa sejuk dan paling penting selesa.

KRIM mungkin warna yang boleh dijadikan pilihan bagi yang menggemari konsep jubah ini.

Menurut Norafzan, berbeza dengan kebanyakan butik yang membeli fabrik daripada China kerana murah namun beliau memilih membeli fabrik daripada Dubai kerana fabriknya berkualiti tinggi dan sukar ditiru.

Selain itu, beliau turut memilih satu lagi jenis fabrik, iaitu satin Mitsubishi bagi rekaan fesyennya yang mampu dibeli oleh golongan sederhana.

Walaupun masih baru, Norafzan dan Ismail telah menghasilkan sebanyak tiga rekaan, iaitu abaya puteri dengan lengan dihias renda Prada, abaya Meylana yang merupakan rekaan Elana bersama pelakon Memey Suhaiza dan abaya eksklusif yang hanya terdapat tiga pilihan corak sulaman.

"Abaya eksklusif dibuat dalam kuantiti yang terhad iaitu sebanyak 100 helai sahaja. Abaya ini berwarna hitam dan dihiasi dengan sulaman daripada benang lubar yang berkilat dan tidak luntur warna. Ia amat sesuai dipakai ke majlis-majlis perkahwinan, makan malam atau majlis formal.

"Abaya ini dijual pada harga RM399 bersama selendang dan menyediakan saiz di antara s hingga XXL. Ia mendapat permintaan ramai kerana berbeza daripada abaya lain daripada segi sulaman bunganya yang dibuat dengan penuh ketelitian dan halus," kata Norafzan yang menghasilkan rekaan terbaharu setiap dua bulan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.