saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 02/10/2014

Kekuatan Shawlbyvsnow

USIANYA baru menjengah 23 tahun tetapi semangat yang ditunjukkan dalam bidang perniagaan amat luar biasa kerana dalam tempoh empat tahun sahaja, anak kelahiran Muar, Johor, ini sudah mampu membuka dua buah butik tudung yang masing-masing beroperasi di Shah Alam dan Johor Bahru.

Ternyata langkah yang dimulakan dengan menjual secara dalam talian pada awal tahun 2010 memberi pulangan yang cukup berbaloi dan hari ini jenama yang dibawanya cukup dikenali ramai.

Tidak dinafikan untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi memerlukan pengorbanan yang cukup tinggi, Nur Amirah Sulaiman berkata, dirinya tidak terkecuali.

Ini kerana, menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu, untuk memastikan perniagaannya berjaya dan juga mampu berkembang, dia terpaksa melupakan seketika pengajiannya di salah sebuah universiti pengajian tinggi swasta di ibu kota.

Katanya lagi, keputusan yang diambil merupakan satu pilihan tepat memandangkan segala perancangan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Begitupun, menurut Nur Amirah, dia tetap akan menghabiskan pengajiannya dalam bidang perubatan kerana itulah cita-citanya dan perniagaan yang diusahakannya ini merupakan salah satu jalan untuk dirinya mengumpul dana untuk membuka kliniknya sendiri satu hari nanti.

“Untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada perniagaan tudung ini, saya menangguhkan dahulu pengajian selama setahun dengan mengambil cuti.

“Ini adalah kerana saya benar-benar ingin memberi sepenuh tumpuan pada perniagaan yang diusahakan sebelum saya menyambung pelajaran di peringkat ijazah dan saya juga rasa bertanggungjawab dengan pelanggan dan juga pekerja yang bekerja dengan saya hari ini.

“Tetapi sebaik sahaja perniagaan ini stabil, saya akan menyambung kembali pelajaran yang tertangguh kerana bergelar seorang doktor adalah cita-cita saya," ujarnya ketika ditemui di premis perniagaanya yang terletak di G-31-G, Ground Floor, Jalan Serai Wangi L16/L, Alam Avenue 2, Seksyen 16, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Bercerita lanjut mengenai perniagaan tudungnya itu, ulas Nur Amirah atau lebih mesra disapa Amirah, dia lebih menumpukan kepada tudung jenis selendang.

Dengan mengetengahkan jenama Shawlbyvsnow, ternyata apa yang ditawarkan Amirah memikat hati setiap kaum Hawa yang berhijab.

Cukup digemari remaja-remaja, selendang yang ditawarkan juga cukup berkualiti tinggi yang dihasilkan daripada fabrik-fabrik jenis baldu, syifon (biasa dan berkilat), kain kapas, satin, crepe, dan lycra.

Turut mereka sendiri rekaan selendang yang dijual, Nur Amirah menyatakan hari ini pihaknya mempunyai 27 jenis rekaan dengan pelbagai jenis fabrik, saiz, dan juga corak.

Sememangnya mempunyai tukang jahit sendiri, Nur Amirah memberitahu kesemua rekaan selendang serta tudung yang dijual pihaknya direka sendiri olehnya.

Tuturnya lagi, selain bercita-cita ingin menjadi seorang doktor, dia juga amat meminati bidang rekaan baju sejak dari kecil.

Apabila dia mengusahakan perniagaan tudungnya itu, Nur Amirah ternyata mempunyai kelebihan kerana secara tidak langsung dia boleh mereka sendiri selendang serta tudung keluarannya tanpa bergantung kepada orang lain.

“Selain bidang perubatan, saya juga meminati bidang rekaan dan kesemua ini saya pelajari melalui pembacaan dan juga internet.

“Pada masa yang sama, saya turut mengikuti perkembangan semasa aliran fesyen tempatan dan juga luar negara dalam usaha memberi yang terbaik untuk produk keluaran Shawlbyvsnow," katanya.

Sebagai seorang peniaga yang sentiasa ingin mengembangkan lagi produk yang sedia ada, Amirah menjelaskan pihaknya akan mengeluarkan jubah sekitar bulan Oktober ataupun Disember.

Bakal bekerjasama dengan pereka fesyen tempatan, Nur Amirah berkata ia adalah antara perancangan Shawlbyvsnow dalam usaha memperbanyakkan lagi produk sedia ada.

Selain itu, dia juga turut berkongsi perancangan pihaknya di mana Shawlbyvsnow akan dibuka di Australia pada tahun hadapan.

“Insya-Allah, sekiranya tiada apa-apa halangan Shawlbyvsnow akan dibuka di Australia pada tahun hadapan.

“Kami memilih Australia kerana setakat ini pasaran selendang di sana belum ada pesaingnya lagi dan ini juga secara tidak langsung adalah untuk membawa jenama Shawlbyvsnow ke peringkat antarabangsa," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.