saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 18/10/2014

Bajet 2015 pacu ekonomi ke arah negara berpendapatan tinggi

KUALA LUMPUR 17 Okt.- Bajet 2015 yang dibentangkan minggu lalu mampu memacu ekonomi negara ke arah mencapai status berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beberapa ahli ekonomi berpendapat, bajet yang memberi kesejahteraan kepada rakyat itu dilihat merangkumi kehendak kesemua sektor masyarakat di negara ini.

Dari perspektif sektor swasta, Pengarah Eksekutif Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI), Stewart Forbes berkata, bajet berkenaan memberi sisi baharu terhadap masa depan negara.

"Peningkatan projek infrastruktur baharu memberi manfaat kepada banyak sektor terlibat manakala pengiktirafan kerajaan dalam bidang latihan vokasional adalah penting tetapi perlu diberi peruntukan secukupnya.

"Pengurangan cukai pada 2016 juga dilihat bakal mengimbangi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan kadar cukai korporat yang lebih rendah," katanya dalam majlis Perbincangan Meja Bulat Mengimbangi Pertumbuhan, Kemapanan Fiskal dan Kenaikan Kos Sara Hidup, di sini hari ini.

Yang turut hadir Setiausaha Bahagian (Sektor Makro), Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan, Mohd. Esa Abd. Manaf; Pengerusi Pusat Pengajian Polisi Awam (CPPS), Tan Sri Dr. Ramon Navaratnam; Pengarah Eksekutif PricewaterhouseCoopers Sdn. Bhd., Pauline Lum dan bekas Presiden Dewan Perniagaan AmerikaMalaysia (AMCHAM), Datuk Nicholas Zeffrey.

Dalam pada itu, Pauline menjelaskan, pelaksanaan GST tahun depan membantu dalam meningkatkan pertumbuhan negara ini.

Katanya, sebagai pihak yang arif tentang selokbelok percukaian, beliau melihat GST sebagai satu mekanisme terbaik terutama dalam memperkasakan usaha penguatkuasaan di negara ini.

"Kita boleh melihat penguatkuasaan yang lebih efisien terhadap Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dalam memastikan harga barangan di pasaran tidak dimanipulasikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan CPPS, Ng Yeen Seen memberitahu, pihaknya memuji polisi konsisten kerajaan terhadap program perbelanjaan negara terutama dalam menjayakan rancangan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpengetahuan tinggi dan berinovasi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.