saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 18/10/2014

Penerima BR1M dinasihat waspada SMS, emel palsu

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesahkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang emel atau khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pemohon atau penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

LHDN sehubungan itu menasihatkan semua penerima emel dan SMS palsu tersebut agar menghapuskannya serta tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap apa-apa arahan yang terkandung di dalamnya.

Jelas LHDN, hal itu berbangkit selepas pihaknya menerima pertanyaan daripada para pemohon dan penerima BR1M yang mendakwa dihubungi secara emel atau SMS berkaitan BR1M oleh seorang individu yang menyamar sebagai pegawai LHDN (BR1M).

"Individu menyamar itu menawarkan langganan insurans BR1M (i-BR1M) atau membuat semakan status kelulusan BR1M," kata LHDN dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi LHDN di talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau melayari https://ebr1m.hasil.gov.my/

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:13
Asar 4:31
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.