saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 15/10/2014

BNM kumpul maklumat transaksi kad

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Bank Negara Malaysia (BNM) meminta orang ramai serta pemain industri memberi pandangan terhadap Rangka Kerja Pembaharuan Kad Pembayaran yang sedang dibangunkannya bagi meningkatkan kualiti transaksi pembayaran meng­­gunakan kad.

Rangka kerja itu dibuat bagi mencari jalan untuk memastikan sebarang peningkatan caj yang dikenakan ke atas pengguna apabila membayar menggunakan kad, adalah bersesuaian serta telus.

BNM sebelum ini menyatakan akan melakukan kajian terhadap caj dikenakan oleh pekedai ke atas pengguna yang membuat bayaran atau pembelian menggunakan kad kredit dan kad debit dalam usaha menggalakkan transaksi tanpa mem­babitkan wang tunai.

"Ini bertujuan untuk menggalakkan transaksi menggunakan kad, menerusi caj yang bersesuaian serta kesediaan pekedai bagi menerima sistem ini," menurut BNM dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas bank pusat itu lagi, usaha itu dibuat selari dengan mandat Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Kewangan Islam 2013.

Orang ramai dan pemain industri diminta untuk memberi pandangan masing-masing yang boleh disalurkan ke [email protected] selewat-lewatnya 10 November 2014.

Sebelum ini, Pengarah Dasar Sistem Pembayaran BNM, Tan Nyat Chuan berkata, caj transaksi oleh pekedai dibuat bagi mengalihkan kos penggunaan sistem dan per­khidmatan yang dikenakan oleh bank.

Bagaimanapun katanya, caj yang dikenakan itu terutamanya kad kredit sukar dielakkan dan lebih mahal berbanding kad debit kerana bank terpaksa menanggung per­belanjaan pengguna terlebih dahulu dan tempoh menunggu bayaran daripada pengguna adalah satu kos kepada bank.

Tambahnya, kajian itu antara lain adalah bagi menilai kos pemasangan sistem yang ditanggung oleh pekedai bagi menggalakkan mereka memasang kemudahan pembayaran itu di premis masing-masing.

Mengikut statistik BNM, sehingga Julai 2014 sebanyak 44.5 juta kad debit dan lapan juta kad kredit telah dikeluarkan di Malaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.