saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 15/10/2014

ECERDC tarik pelabur Singapura

ZAMRI Ahmad (tiga dari kanan) menunjukkan model pembangunan kepada sebahagian pelabur dari Singapura di Kota Bharu, semalam. - UTUSAN/JAZALY AMRY JAAFAR

KOTA BHARU 14 Okt. - Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menjangka dapat menarik pelabur-pelabur Singapura ke negeri ini terutama dalam industri hartanah, pembinaan dan pelancongan.

Pengurus Besar Pembangunan Pelaburan ECERDC, Datuk Zamri Ahmad berkata, lawatan delegasi daripada Persekutuan Perniagaan Singapura itu adalah bagi mendapatkan pendedahan mengenai potensi pelaburan di negeri ini.

Beliau berkata, rombongan seramai 19 orang itu yang datang daripada pelbagai sektor seperti perhotelan, hartanah dan pembinaan mahu menerokai peluang-peluang pelaburan di negeri ini.

"Walaupun mereka menunjukkan minat dalam bidang perhotelan dan makanan, namun kita juga mahu mengetengahkan industri halal serta pengilangan, pemprosesan makanan dan peluang-peluang dalam hartanah.

"Kita akan membawa mereka melihat peluang yang ada dalam industri sedia ada seperti industri halal di Pasir Mas dan Tok Bali, Pasir Puteh," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri cawangan Kelantan, Azran Deraman; Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) negeri, Ismadi Ismail dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Jeevan Singh.

Rombongan Persekutuan Perniagaan Singapura yang diketuai James Aw itu dalam lawatan promosi ke Kelantan, Terengganu dan Pahang selama tiga hari bermula hari ini.

Sementara itu, Azran memberitahu, agensi tersebut bersama wakil daripada ECERDC, MIDA, Tourism Malaysia, Setiausaha Kerajaan Kelantan dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah pergi ke Singapura pada 8 hingga 10 Oktober lalu.

"Dalam pertemuan itu, kita telah memberi penerangan lanjut mengenai peluang-peluang pelaburan yang terdapat di Kelantan sebelum mereka sampai ke sini hari ini.

"Selain itu, kita juga telah memberi penerangan kepada Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura tentang perkara sama.

"Setakat ini, masing-masing menunjukan minat kerana kita mempunyai penerbangan terus dari Singapura ke Kelantan yang memudahkan untuk memasar produk mereka. Kita akan cuba bawa kumpulan ini ke Kelantan tidak lama lagi," katanya.

Tambahnya, sebuah syarikat pembinaan terkemuka di Singapura telah menunjukkan minat untuk memajukan beberapa tempat di Kota Bharu dan Tok Bali, Pasir Puteh.

"Syarikat itu telah menunjukkan minat untuk berbincang lanjut mengenai perancangan tersebut. Malah, syarikat itu juga ingin mengetahui tentang insentif-insentif yang boleh kita tawar kepada mereka," katanya.

"Dalam masa terdekat, kita akan mengatur pertemuan antara syarikat ini dan PKINK bagi memastikan pelaburan itu dapat dibawa masuk ke negeri ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:20
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.