saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 14/10/2014

Wujudkan Dana Penstabilan Harga

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) meminta kerajaan mewujudkan Dana Penstabilan Harga serta menetapkan harga lantai getah pada RM4 sekilogram basah.

Setiausaha Agungnya, Zulkifli Mohd. Nazim berkata, ini kerana isu penurunan harga getah berlaku sejak 2012 namun paras penurunan tidak seburuk pada tahun ini yang mencatat RM1.80 sekilogram basah.

"Dalam situasi sekarang pekebun kecil adalah golongan terhimpit. Ramai dalam kalangan mereka jatuh miskin. Pekebun kecil getah sedang menderita," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zulkifli berkata, PKPKM telah mengusulkan cadangan penubuhan dana dan penetapan harga lantai itu dalam sesi konsultasi Bajet 2015 bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun lepas.

Dalam usul tersebut ujar beliau, PKPKM mencadangkan untuk peringkat permulaan kerajaan memperuntukkan satu peratus daripada RM33 bilion hasil eksport produk getah negara untuk dana tersebut.

"Satu peratus ini menghasilkan RM330 juta setahun untuk Dana Penstabilan Harga bagi membantu pekebun kecil ketika harga getah rendah," katanya menambah kelompok itu memerlukan penyelesaian jangka panjang agar pekebun kecil tidak dilihat sentiasa mengharapkan ihsan kerajaan.

Zulkifli berkata, PKPKM menyambut baik peruntukan RM100 juta dalam Bajet 2015 untuk program kawal selia harga getah dan RM6.40 juta bagi pin­jaman Koperasi Pekebun Kecil.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.