saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 14/10/2014

CGT masih tidak sesuai

Irwan Siregar

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Cukai keuntungan modal (CGT) masih tidak sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia, kerana masih berada dalam fasa negara membangun.

Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah berkata, cukai itu boleh menjejaskan minat pelabur dan pada masa yang sama nilai kutipan cukai tersebut lebih rendah berbanding cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Katanya, Malaysia ketika ini telah melaksanakan satu keadah CGT, iaitu Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT), tetapi kutipannya ketika ini hanya sekitar RM600 juta dan pelaksanaan RPGT untuk mengawal peningkatan harga rumah dan bukan bertujuan untuk pendapatan kerajaan.

"Mungkin apabila negara sudah menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi, CGT boleh dilaksanakan. Tetapi sekarang masih tidak sesuai, ia tidak boleh bertahan lama (dari segi kutipan cukai) dan tidak menyeluruh berbanding GST," katanya kepada pemberita selepas menjadi ahli panel Dialog Selepas Bajet di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan beberapa pihak termasuk pembangkang yang melihat pelaksanaan CGT lebih baik berbanding GST. Sistem CGT merupakan kaedah cukai yang mana kerajaan mengutip sebahagian keuntungan yang dijana hasil pelaburan oleh individu atau perniagaan.

Mohd. Irwan berkata, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan tetap diteruskan kerana bantuan tersebut bertujuan untuk meringankan perbelanjaan golongan yang berpendapatan rendah dalam menghadapi kenaikan kos hidup.

"Walaupun ramai yang mengaitkan bantuan itu sebagai usaha kerajaan meraih sokongan politik, tetapi tujuannya adalah untuk membantu golongan yang memerlukan," katanya sebagai menjawab pandangan beberapa ahli panel lain dalam dialog tersebut yang mencadangkan bantuan seperti itu perlu dihentikan.

Kata beliau, kaedah pemberian BR1M mungkin boleh diperbaiki berbanding memberikan tunai secara terus.

Mohd. Irwan berkata, kerajaan kini sedang mempertimbangkan beberapa kaedah pemberian BR1M dengan lebih tersusun misalnya jumlah tunai dipecah dan diagihkan setiap bulan berbanding kaedah pada masa ini, atau penggunaan MyKad untuk mendapatkan barangan keperluan atau kupon yang diamalkan di Amerika Syarikat (AS).

"Kaedah ini lebih baik agar penerima membelanjakan BR1M dengan sepatutnya untuk membeli barangan keperluan, bukannya untuk membeli telefon atau televisyen baharu," katanya.

Namun jelasnya, kesemua cadangan tersebut hanya akan diumumkan pada Bajet 2016.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.